SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
AIDAH BINTI ZARAMAN
                                                                        690513125732
                                                                             HBHE1103

Banding Beza Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR)




Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan
pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baruakan dapat
membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan
melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama
penggal   persekolahan   2011,   Kementerian   Pelajaran     Malaysia   (KPM)   telah
memperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan modal insan.
Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan.
Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi pendidikan.




      Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang
holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,
organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
pengurusan kurikulum di sekolah. Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR).




                                         1
AIDAH BINTI ZARAMAN
                                                                       690513125732
                                                                            HBHE1103

ASPEK         KBSR                                KSSR
Reka Bentuk     Komunikasi( lisan, membaca, dan     Komunikasi (lisan, membaca,
Kurikulum       menulis).                           menulis dan menaakul).


                Manusia Dengan Alam                 Kerohanian, Sikap dan Nilai.
                Sekelilingnya.
                Perkembangan Diri Individu.         Kemanusiaan.


                                                    Keterampilan Diri.


                                                    Perkembangan Fizikal dan
                                                    Estetika.


                                                    Sains dan Teknologi.


Kaedah          Penekanan yang ketara kepada        Dijalankan secaraberterusan
Pentaksiran     pentaksiran sumatif.                untuk mengesan perkembangan
                                                    dan pencapaian murid dalam
                                                    pembelajaran.


                                                    Menggunakan kaedah
                                                    pentaksiran pelbagai.
                                                    Bersifat autentik dan holistik.




                                         2
AIDAH BINTI ZARAMAN
                                                                     690513125732
                                                                          HBHE1103

                               PERSAMAAN
Peruntukan   Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran
Masa         khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
             Kemahiran Berfikir dalam P&P
Pedagogi
             Implikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P


             Penggunaan TMK


             Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan


             Pembelajaran Secara Konstruktivisme


             Pembelajaran Secara Kontekstual


             Pembelajaran Akses Kendiri


             Pembelajaran Masteri


             Belajar Cara Belajar




                                     3
AIDAH BINTI ZARAMAN
                                                                                     690513125732
                                                                                          HBHE1103

        Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali
sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara
berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan
dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang
serba maju dan canggih kini.

         Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam
sekeliling serta perkembang diri individu. Di dalam reka bentuk komunikasi KBSR terkandung
kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini merupakan tunggak pendidikan
asas di peringkat sekolah rendah. Antara mata pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk,
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran
ini diajar pada tahap 1 dan tahap 2. Contohnya, bagi mata pelajaran Bahasa melayu, berfungsi sebagai
bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat.

        Pada tahap 1, murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti bertutur,
mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu. Manakala, pada tahap 2 pula, murid-
murid diberi penekanan kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedah
seperti bacaan, penulisan dan perbincangan. Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa melayu KBSR
bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa, menghargai serta menghayati bahasa
sebgai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukun negara
dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan alam
sekeliling mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap.

        Pada tahap 1, mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral diajar manakala pada tahap 2, dua
mata pelajaran lain ditambah iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Contohnya, dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral terkandung 16 nilai berasaskan agama, tradisi dan adat resam pelbagai etnik di negara
ini selaras dengan nilai murni sarwajagat dan prinsip-prinsip rukun negara. Nilai yang sama diajar pada
tiap-tiap tahun persekolahan tetapi isi kandungan dan penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengan
tahap perkembangan dan kematangan murid. Sebagai contoh, pada tahap 1, murid diajar nilai
pengajaran dan pembelajaran berasaskan isu dan situasi murid itu sendiri serta kehidupan sehariannya
seperti kebersihan diri iaitu mandi, gosok gigi, sikat rambut dan lain-lain lagi. Manakala, pada tahap 2



                                                   4
AIDAH BINTI ZARAMAN
                                                                                      690513125732
                                                                                           HBHE1103

pula, konteks isu dan situasi dikembangkan untuk meliputi aspek kemasyarakatan, negara dan
antarabangsa.

        Oleh itu, murid digalakkan untuk berfikir, berbincang, dan membuat keputusan berhubung
dengan isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian. Seterusnya, bidang yang ketiga dalam
KBSR ialah perkembangan diri individu. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah
komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi
kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan keseniaan dan kesihatan. Antara mata
pelajaran yang terkandung dalam komponen ini ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan seni, Pendidikan
Muzik, serta pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

        Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapat enam
tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan
kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan
fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang. Jika kita lihat
di dalam KSSR reka bentuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR. Dalam
tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung
jalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi.

        Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam
bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di
bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti
mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Jika kita lihat di
dalam KBSR hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur , membaca dan
menulis sahaja tetapi dalam KSSR, tunjang komunikasi ditekankan dengan satu lagi kemahiran
berbahasa yang amat penting iaitu menaakul.

        Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu tranformasi baharu yang dilakukan untuk
meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu proses penaakulan.
Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang
komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula


                                                    5
AIDAH BINTI ZARAMAN
                                                                                  690513125732
                                                                                       HBHE1103

menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang
dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai
dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia.

        Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada
pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan
perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini.Tunjang
ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan pendidikan di Malaysia yang
bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan
mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar
setempat, negara dan global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada
pengupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable development ) dan pembangunan sumber
tenaga berterusan (sustainable and renewal energy).

         Selain itu, tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan
perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduan
perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Di samping itu,
semangat patriotisme perlu ditanam dalam diriindividu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi.
Oleh yang demikian, tunjang kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan
ilmu, kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar.

        Seterusnya, Tunjang Keterampilan         Diri yang menjurus kepada salah satu agenda
pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan
(Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang
kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan
mengamalkan nilai murni dalam kehidupanhariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai
melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu
ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan
diperingkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan.




                                                  6
AIDAH BINTI ZARAMAN
                                                                                       690513125732
                                                                                            HBHE1103

        Tunjang ketrampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri
melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada
individumurid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah
dan mengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan
dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai
pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan
tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan
seimbang darisegi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya.

        Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain.
Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur
dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani
danKesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal,
potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan
kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan
apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya
pendidikan seni visual dan muzik. Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka
bentuk tunjang literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut
impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan
ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi.

        Diperingkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan
numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Tunjang ini menunjukkan
perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas
mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara
berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik
sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan
pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan
diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah
Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognitif, afektif
dan psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana


                                                    7
AIDAH BINTI ZARAMAN
                                                                                     690513125732
                                                                                          HBHE1103

menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk
merancang tindakan susulan sama ada serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran.

        Tindakan susulan yang dibuat berbentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan sejajar dengan
tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif.
Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh
Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan berfokus
kepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Antara
mata pelajaran yang diuji termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam pula, Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuan
mengenalpasti penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang ditentukan
syarak. Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa kelemahan
berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang
kepada aspek pembangunan modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk
mengambil peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian.
Sebagai contoh, apabila tamat menghadapi UPSR murid akan melangkah ke sekolah menengah, murid
tidak dapat membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari ketika sekolah rendah dan
mengaitkan dengan mata pelajaran di sekolah menengah. Hal ini kerana, murid hanya belajar untuk
menjawab peperiksaan semata-mata. Hal ini dilihat menjadi kelemahan utama dalam sistem pentaksiran
KBSR.

        Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR, maka
pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan
Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan
berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalam
KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam
pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Terdapat
lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan
kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat.



                                                   8
AIDAH BINTI ZARAMAN
                                                                                   690513125732
                                                                                        HBHE1103

        Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem
pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar
yangdipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif
membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor
maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan
pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang
menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada
hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan
pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan
sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka
termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio.

        Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya
untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang
sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini
dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio perkembangan
menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau
perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam
menetap matlamat yang hendak dicapai.

        Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan
pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta
mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan
pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan
dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada
tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.

        Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspeky ang digunakan
dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek pedagogi. Pedagogi yang
ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam p&p,
aplikasi kecerdasan pelbagai dalam p&p, penggunaan TMK, pengajaran berasaskan kajian masa depan,



                                                 9
AIDAH BINTI ZARAMAN
                                                                                 690513125732
                                                                                      HBHE1103

pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri,
pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.

        Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan masa. Berlaku
perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris
pula 300 minit seminggu. Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah 1380
minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Selain itu, pihak sekolah
dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan
sekolah dalam aspek guru, murid serta prasarana sekolah.

        Kesimpulannya, perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang
dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan
datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan
dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara
berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.
Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21.
Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan dan kejayaan
transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal
dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.




                                                 10
AIDAH BINTI ZARAMAN
                                                                            690513125732
                                                                                 HBHE1103

RUJUKAN




Abd. Halim, Othman, Nor Azita, Hazmeh. (2011). KSSR : Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Choong Lean Keow. (2009). Siri Pendidikan Perguruan : Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.
       Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Bdn Bhd.

Helen Ten ( 1996). Manual Olahraga : Manual Olahraga
       Petaling Jaya, Selangor : Junjuara Publications Sdn. Bhd.

.
http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dan-kssr.html

http://jpnpp.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=92%3Aminda-
kssr-bakal-lahir-minda-kelas-pertama&catid=42%3Arokstories&lang=en

http://www.scribd.com/doc/55409333/TOPIK-2-PENGENALAN-KEPADA-KBSR-
DAN-KSSR-2-

http://psbtpnsarawak.wordpress.com/2011/01/31/kssr-kurangkan-tekanan-peperiksaan-
bina-modal-insan-berkesan/

 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KSSRkurangkantekananpeperiksaan_binam
odalinsanberkesan/Article/print_html




                                                 11

More Related Content

What's hot

009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssmgirlfrida
 
Kspk & kssr
Kspk & kssrKspk & kssr
Kspk & kssrGb Wong
 
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017Mohd Suhaimin Isnen
 
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan
Kurikulum standard prasekolah kebangsaanKurikulum standard prasekolah kebangsaan
Kurikulum standard prasekolah kebangsaanNur Natasya Umira
 
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)nurul syuhaida rahim
 
Struktur kurikulum pendidikan di malaysia
Struktur kurikulum pendidikan di malaysiaStruktur kurikulum pendidikan di malaysia
Struktur kurikulum pendidikan di malaysiaiedazi91
 
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSRPembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSRأمير الشفيق
 
Pembentukan & pelaksanaan KSSR semakan 2017. (pembentangan)
Pembentukan & pelaksanaan KSSR semakan 2017. (pembentangan)Pembentukan & pelaksanaan KSSR semakan 2017. (pembentangan)
Pembentukan & pelaksanaan KSSR semakan 2017. (pembentangan)RBT50621NoorAmiraHan
 
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-502347941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023Nurul Cahaya Mata
 
Beza kbsr & kssr dlm pj
Beza kbsr & kssr dlm pjBeza kbsr & kssr dlm pj
Beza kbsr & kssr dlm pjSalina Saad
 
nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9Rainne Lee
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumXiaoling Lew
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanAng Xiao Yean
 

What's hot (19)

KSSR & KSPK
KSSR & KSPKKSSR & KSPK
KSSR & KSPK
 
Bentuk kurikulum
Bentuk kurikulumBentuk kurikulum
Bentuk kurikulum
 
6 unit 2
6 unit 26 unit 2
6 unit 2
 
009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm
 
Hsp tmk
Hsp tmkHsp tmk
Hsp tmk
 
Kssr 2011
Kssr 2011Kssr 2011
Kssr 2011
 
Kspk & kssr
Kspk & kssrKspk & kssr
Kspk & kssr
 
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
 
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan
Kurikulum standard prasekolah kebangsaanKurikulum standard prasekolah kebangsaan
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan
 
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
 
Struktur kurikulum pendidikan di malaysia
Struktur kurikulum pendidikan di malaysiaStruktur kurikulum pendidikan di malaysia
Struktur kurikulum pendidikan di malaysia
 
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSRPembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
 
Pembentukan & pelaksanaan KSSR semakan 2017. (pembentangan)
Pembentukan & pelaksanaan KSSR semakan 2017. (pembentangan)Pembentukan & pelaksanaan KSSR semakan 2017. (pembentangan)
Pembentukan & pelaksanaan KSSR semakan 2017. (pembentangan)
 
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-502347941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
 
Beza kbsr & kssr dlm pj
Beza kbsr & kssr dlm pjBeza kbsr & kssr dlm pj
Beza kbsr & kssr dlm pj
 
nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaan
 
KSSR PRA SEKOLAH
KSSR PRA SEKOLAHKSSR PRA SEKOLAH
KSSR PRA SEKOLAH
 

Viewers also liked

Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikAhmad NazRi
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Rosnani Hassan
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )Zaharin Nordin
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAhmad NazRi
 
Perkaitan teori konstruktivisme & behaviourisma dengan pentaksiran autentik
Perkaitan teori konstruktivisme & behaviourisma dengan pentaksiran autentikPerkaitan teori konstruktivisme & behaviourisma dengan pentaksiran autentik
Perkaitan teori konstruktivisme & behaviourisma dengan pentaksiran autentikAziah Pandak
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahshockgadof
 
Zt2213 Bab 6 Kaedah Penulisan
Zt2213 Bab 6 Kaedah PenulisanZt2213 Bab 6 Kaedah Penulisan
Zt2213 Bab 6 Kaedah Penulisanazizi1705
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIAkuangwei94
 
Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah
Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolahSejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah
Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolahRadziah Mokhtar
 
Hbpe1103 pengenalan pendidikan jasmani assigment
Hbpe1103 pengenalan pendidikan jasmani   assigmentHbpe1103 pengenalan pendidikan jasmani   assigment
Hbpe1103 pengenalan pendidikan jasmani assigmentMustapha Kamal Hj Othman
 
Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011
Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011
Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011Bonda Irfan
 
Faktor yang memberi kesan kepada strategi pembelajaran bahasa
Faktor yang memberi kesan kepada strategi pembelajaran bahasaFaktor yang memberi kesan kepada strategi pembelajaran bahasa
Faktor yang memberi kesan kepada strategi pembelajaran bahasarohaida mazlan
 
teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)ELena LuLia
 
Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa
Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa
Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa Hiza Fadila
 
Falsafah kodaly, orff & dalcroze
Falsafah kodaly, orff & dalcrozeFalsafah kodaly, orff & dalcroze
Falsafah kodaly, orff & dalcrozeAlice Chan
 
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Nor Rani Othman
 

Viewers also liked (20)

Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
 
Psikolinguistik
PsikolinguistikPsikolinguistik
Psikolinguistik
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSMTransformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM
 
Perkaitan teori konstruktivisme & behaviourisma dengan pentaksiran autentik
Perkaitan teori konstruktivisme & behaviourisma dengan pentaksiran autentikPerkaitan teori konstruktivisme & behaviourisma dengan pentaksiran autentik
Perkaitan teori konstruktivisme & behaviourisma dengan pentaksiran autentik
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
Zt2213 Bab 6 Kaedah Penulisan
Zt2213 Bab 6 Kaedah PenulisanZt2213 Bab 6 Kaedah Penulisan
Zt2213 Bab 6 Kaedah Penulisan
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
 
Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah
Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolahSejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah
Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah
 
Hbpe1103 pengenalan pendidikan jasmani assigment
Hbpe1103 pengenalan pendidikan jasmani   assigmentHbpe1103 pengenalan pendidikan jasmani   assigment
Hbpe1103 pengenalan pendidikan jasmani assigment
 
Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011
Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011
Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011
 
Faktor yang memberi kesan kepada strategi pembelajaran bahasa
Faktor yang memberi kesan kepada strategi pembelajaran bahasaFaktor yang memberi kesan kepada strategi pembelajaran bahasa
Faktor yang memberi kesan kepada strategi pembelajaran bahasa
 
teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)
 
Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa
Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa
Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa
 
Falsafah kodaly, orff & dalcroze
Falsafah kodaly, orff & dalcrozeFalsafah kodaly, orff & dalcroze
Falsafah kodaly, orff & dalcroze
 
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
 

Similar to Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah

TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdfTOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdfssuser24ab8d
 
Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02aipeng83
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanNur Syafira
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsrMohd Ridzuan
 
6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsrHerney Aqilah Kay
 
Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02zuhaipgm
 
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...MuhammadZulaziziMohd
 
2 pengurusan kurikulum kspk
2 pengurusan kurikulum kspk2 pengurusan kurikulum kspk
2 pengurusan kurikulum kspklianasahperi
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahenab dan kesum
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6Safiah Sulaiman
 

Similar to Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah (20)

Nota 2
Nota 2Nota 2
Nota 2
 
Laporan kssr
Laporan kssrLaporan kssr
Laporan kssr
 
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdfTOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
 
Presentation Unit 8
Presentation Unit 8Presentation Unit 8
Presentation Unit 8
 
Week 3 KBSM Blueprint
Week 3 KBSM BlueprintWeek 3 KBSM Blueprint
Week 3 KBSM Blueprint
 
Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02
 
Kbsr kssr
Kbsr kssrKbsr kssr
Kbsr kssr
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsr
 
6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsr
 
Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02
 
Perkembangan pendidikan di Malaysia
Perkembangan pendidikan di MalaysiaPerkembangan pendidikan di Malaysia
Perkembangan pendidikan di Malaysia
 
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
 
KBSR
KBSRKBSR
KBSR
 
2 pengurusan kurikulum kspk
2 pengurusan kurikulum kspk2 pengurusan kurikulum kspk
2 pengurusan kurikulum kspk
 
1 taklimat umum kssr
1 taklimat umum kssr1 taklimat umum kssr
1 taklimat umum kssr
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendah
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
 
Dskp pend islam tahun 6
Dskp pend islam tahun 6Dskp pend islam tahun 6
Dskp pend islam tahun 6
 
TAKLIMAT UMUM KSSR
TAKLIMAT UMUM KSSRTAKLIMAT UMUM KSSR
TAKLIMAT UMUM KSSR
 

Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah

  • 1. AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103 Banding Beza Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baruakan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan. Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi pendidikan. Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 1
  • 2. AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103 ASPEK KBSR KSSR Reka Bentuk Komunikasi( lisan, membaca, dan Komunikasi (lisan, membaca, Kurikulum menulis). menulis dan menaakul). Manusia Dengan Alam Kerohanian, Sikap dan Nilai. Sekelilingnya. Perkembangan Diri Individu. Kemanusiaan. Keterampilan Diri. Perkembangan Fizikal dan Estetika. Sains dan Teknologi. Kaedah Penekanan yang ketara kepada Dijalankan secaraberterusan Pentaksiran pentaksiran sumatif. untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai. Bersifat autentik dan holistik. 2
  • 3. AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103 PERSAMAAN Peruntukan Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran Masa khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kemahiran Berfikir dalam P&P Pedagogi Implikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Penggunaan TMK Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar 3
  • 4. AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103 Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini. Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta perkembang diri individu. Di dalam reka bentuk komunikasi KBSR terkandung kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini merupakan tunggak pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara mata pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran ini diajar pada tahap 1 dan tahap 2. Contohnya, bagi mata pelajaran Bahasa melayu, berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat. Pada tahap 1, murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu. Manakala, pada tahap 2 pula, murid- murid diberi penekanan kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan dan perbincangan. Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa melayu KBSR bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa, menghargai serta menghayati bahasa sebgai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukun negara dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap. Pada tahap 1, mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral diajar manakala pada tahap 2, dua mata pelajaran lain ditambah iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Contohnya, dalam mata pelajaran Pendidikan Moral terkandung 16 nilai berasaskan agama, tradisi dan adat resam pelbagai etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sarwajagat dan prinsip-prinsip rukun negara. Nilai yang sama diajar pada tiap-tiap tahun persekolahan tetapi isi kandungan dan penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan dan kematangan murid. Sebagai contoh, pada tahap 1, murid diajar nilai pengajaran dan pembelajaran berasaskan isu dan situasi murid itu sendiri serta kehidupan sehariannya seperti kebersihan diri iaitu mandi, gosok gigi, sikat rambut dan lain-lain lagi. Manakala, pada tahap 2 4
  • 5. AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103 pula, konteks isu dan situasi dikembangkan untuk meliputi aspek kemasyarakatan, negara dan antarabangsa. Oleh itu, murid digalakkan untuk berfikir, berbincang, dan membuat keputusan berhubung dengan isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian. Seterusnya, bidang yang ketiga dalam KBSR ialah perkembangan diri individu. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan keseniaan dan kesihatan. Antara mata pelajaran yang terkandung dalam komponen ini ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan seni, Pendidikan Muzik, serta pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang. Jika kita lihat di dalam KSSR reka bentuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR. Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Jika kita lihat di dalam KBSR hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur , membaca dan menulis sahaja tetapi dalam KSSR, tunjang komunikasi ditekankan dengan satu lagi kemahiran berbahasa yang amat penting iaitu menaakul. Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu tranformasi baharu yang dilakukan untuk meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu proses penaakulan. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula 5
  • 6. AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103 menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini.Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara dan global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable development ) dan pembangunan sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu, tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diriindividu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian, tunjang kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar. Seterusnya, Tunjang Keterampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupanhariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan diperingkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. 6
  • 7. AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103 Tunjang ketrampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individumurid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang darisegi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani danKesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik. Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk tunjang literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Diperingkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana 7
  • 8. AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103 menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk merancang tindakan susulan sama ada serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran. Tindakan susulan yang dibuat berbentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan sejajar dengan tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif. Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan berfokus kepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Antara mata pelajaran yang diuji termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam pula, Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuan mengenalpasti penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang ditentukan syarak. Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk mengambil peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian. Sebagai contoh, apabila tamat menghadapi UPSR murid akan melangkah ke sekolah menengah, murid tidak dapat membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari ketika sekolah rendah dan mengaitkan dengan mata pelajaran di sekolah menengah. Hal ini kerana, murid hanya belajar untuk menjawab peperiksaan semata-mata. Hal ini dilihat menjadi kelemahan utama dalam sistem pentaksiran KBSR. Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR, maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. 8
  • 9. AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103 Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yangdipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai. Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan. Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspeky ang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam p&p, aplikasi kecerdasan pelbagai dalam p&p, penggunaan TMK, pengajaran berasaskan kajian masa depan, 9
  • 10. AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103 pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar. Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan masa. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu. Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Selain itu, pihak sekolah dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek guru, murid serta prasarana sekolah. Kesimpulannya, perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju. Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. 10
  • 11. AIDAH BINTI ZARAMAN 690513125732 HBHE1103 RUJUKAN Abd. Halim, Othman, Nor Azita, Hazmeh. (2011). KSSR : Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Choong Lean Keow. (2009). Siri Pendidikan Perguruan : Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Bdn Bhd. Helen Ten ( 1996). Manual Olahraga : Manual Olahraga Petaling Jaya, Selangor : Junjuara Publications Sdn. Bhd. . http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dan-kssr.html http://jpnpp.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=92%3Aminda- kssr-bakal-lahir-minda-kelas-pertama&catid=42%3Arokstories&lang=en http://www.scribd.com/doc/55409333/TOPIK-2-PENGENALAN-KEPADA-KBSR- DAN-KSSR-2- http://psbtpnsarawak.wordpress.com/2011/01/31/kssr-kurangkan-tekanan-peperiksaan- bina-modal-insan-berkesan/ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KSSRkurangkantekananpeperiksaan_binam odalinsanberkesan/Article/print_html 11