2. SEJARAH SARS
Severe acute respiratory syndrome adalah
sejenis Pneumonia. Ia pertama kali dikesan
di Wilayah Guangdong , Republik rakyat China
pada November 2002. SARS sekarang
diketahui disebabkan oleh SARS
koronavirus (SARS-CoV),
sejenis koronavirus yang jarang ditemui.
3. SARS dipercayai disebabkan oleh virus dari
keluarga korona berdasarkan pengecaman
DNA virus dari contoh bahan pesakit SARS.
5. KEJADIAN
Sejak Februari 2003, WHO telah melaporkan
berlakunya sejenis wabak radang paru-paru
yang teruk dan mengkategorikan negara
China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Kanada,
Singapura, Amerika Syarikat dan United
Kingdom (London) sebagai "kawasan yang
mempunyai jangkitan".
6. • Kes pertama SARS di Malaysia melibatkan
kematian yang dilaporkan pada 5 April 2003.
Kes ini dilaporkan mendapat jangkitan dari
negara China.
7.
8. TAKUNGAN
• Di dalam najis dan urin.
• Titisan dari hidung dan mulut.
• Pada udara di persekitaran pesakit SARS.
9. TANDA-TANDA & GEJALA
• Simptom SARS dimulakan dengan demam
yang berlanjutan selama dua hingga tujuh
hari selepas jangkitan, walaubagaimanapun ia
mungkin tidak muncul sehingga hari ke 10.
10. • Tanda-tanda atau gejala utama SARS adalah:
– demam teruk
– batuk kering
– sesak nafas atau sukar bernafas
– lemah anggota badan
– sakit kepala
– kejang otot
– susut berat badan dan sakit tekak.
11. • Tanda-tanda dan simptom lain adalah
- Demam, 38°C atau lebih
- Sakit seluruh badan
- Pening kepala
- Rasa kurang selesa
12. • Dalam 2 hingga 7 hari selepas tanda-tanda
dan simptom, pesakit akan mengalami batuk
kering dan kesukaran untuk bernafas. Dalam
kes tertentu, pesakit mungkin akan mengalami
pneumonia yang teruk, mengakibatkan
kekurangan oksigen dalam darah, seterusnya
mengakibatkan kematian akibat dari
radangan paru-paru.
13. CARA JANGKITAN
SARS adalah sejenis penyakit berjangkit yang
berbahaya. SARS merebak melalui :
– titisan cecair dari hidung dan mulut.
– Pesakit SARS yang bersin atau batuk akan
mengeluarkan titisan cecair di udara dan individu
yang berdekatan akan menyedutnya.
14. – Penyakit ini berkemungkinan boleh merebak
melalui udara atau apabila titisan cecair dari
pesakit SARS mencemari benda-benda di
sekelilingnya (seperti telefon dan tombol pintu).
15. MASA PENGERAMAN
Tempoh pengeraman / inkubasi adalah di
antara 2-7 hari.
Namun ada juga laporan yang menyatakan
tempoh pengeraman selama 10 hari.
16. LANGKAH PENGAWALAN
• Jangan mengunjungi negara / kawasan yang
mempunyai jangkitan SARS.
• Elakkan diri dari berhubung rapat dengan
pesakit SARS.
• Jauhi kawasan yang sesak
• Amalkan kebersihan yang sempurna
sepanjang masa.
17. PENGASINGAN & KUARANTIN
• Pesakit SARS perlu diasingkan dan
dikuarantinkan untuk mengelak wabak SARS
ini dari merebak.
18. RAWATAN
• Setakat ini masih belum ada rawatan yang
khusus tetapi dengan rawatan sokongan dari
hospital, ramai pesakit boleh sembuh.
– Ubatan antiviral ( ribavirin )
– Mesin bantuan pernafasan
21. LANGKAH-LANGKAH KESELURUHAN
• Kawalan disemua pintu-
pintu masuk.
• Kawasan yang
mempunyai kes yang
kritikal dikawal.
• Pendidikan kesihatan.
Hinweis der Redaktion
Tutup mulut anda dengan tisu apabila anda batuk atau bersin dan basuh tangan dengan air dan sabun terutama sekali apabila anda menyentuh mata, mulut dan hidung