SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Trends and Issues in Education
                for Mathematical Sciences
                            SME3023

 Tajuk : Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan
                           kumpulan sosial

                          SEM 2 2011/2012



               NAME                          MATRIC NO
LEANDER JAMES                                D20091035061
AHMAD RAZIN B. AB KADIR                      D20091034981




            LECTURER’S NAME : PROF. DR. MARZITA PUTEH

                          ISI KANDUNGAN

                                                                1
PERKARA                                                        MUKA SURAT




  1.0 Pengenalan                                                     1


  2.0 Definisi                                                       2


  3.0 Isu-isu perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan


     kumpulan sosial                                                 2

                 3.1 Isu status sosioekonomi                         2-4


                 3.2 Isu pengaruh rakan sebaya                       5


                 3.3 Isu jantina                                     6


                 3.4 Isu sekolah                                     6-7


                 3.5 Isu guru                                        8


                 3.6 Isu halangan bahasa                             9-10


  4.0 Penutup                                                        10


     RUJUKAN                                                         11-12

     POWER POINT




                                                                             2
1.0 pengenalan

       Matematik merupakan satu mata pelajaran penting dalam kehidupan seharian yang
meletakkannya sebagai satu mata pelajaran yang mesti diajar di peringkat sekolah rendah dan
sekolah menengah. Selaras dengan status dan pentingnya mata pelajaran matematik pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan setiap pelajar dikehendaki mengambil
Matematik di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Kepentingan Matematik ini
adalah jelas dengan kedudukan sebagai mata pelajaran teras dalam peperiksaan UPSR, PMR, dan
SPM. Kelulusan di peringkat kepujian adalah penting bagi mereka yang ingin melanjutkan
pelajaran dalam bidang sains, kejuruteraan, sains computer, perubatan, seni bina dan sebagainya.

       Kepentingan Matematik boleh dilihat dari beberapa aspek. Pertama, ia merupakan asas
kepada pemikiran logical. Pengurusan Matematik membolehkan pelajar mengatur fikirannya
secara logical. Kedua, Matematik bukan sekadar satu bidang ilmu yang mengajar berfikir secra
logical tetapi juga merupakan asas kepada beberapa bidang sains teori dan gunaan. Penguasaan
dalam Matematik menjadikan seseorang pelajar itu mantap dalam kemahiran berfikir secara
logical dan kemahiran asa yang kukuh untuk mengusai lain-lain bidang sains. Juga didapati
Matematik banyak menyumbang kepada pengukuran disiplin pelajar. Seseorang pelajar yang
berupaya menghabiskan masa bagi menyelesaikan sesuatu masalah Matematik mempunyai sifat-
sifat sabar, tekun dan yakin diri.

       Di kalangan pelajar sekolah ini beranggapan subjek matematik adalah subjek yang paling
susah dan membebankan pelajar, namun tidak semua menyatakan begitu ada juga yang berminat
dengan subjek ini. Namun terdapat banyak isu yang boleh didebatkan tentang perbezaan
pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial.Antara isu-isu yang boleh
didebatkan berdasarkan perbezaan kumpulan sosial ialah status sosialekonomi, pengaruh rakan
sebaya, jantina, sekolah, dan guru.

       Terdapat beberapa kajian mengenai perbezaan pencapaian pelajar. Mengikut Boocock
(1972) dalam buku ‘ Sociology of learning’ menyatakan pengaruh-pengaruh dalam pencapaian
akademik seseorang murid termasuklah pengaruh persekitaran sosial keluarga. Manakala

                                                                                               3
mengikut Abdullah Mohd Noor (1999) ‘Pengaruh Latar belakang sosial keluarga terhadap
pencapaian Sains dan Matematik di kalangan murid sekolah rendah.




    1.0 Definisi

       Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-Empat, pencapaian dikatakan sebagai sesuatu yang
telah dicapai( dihasilkan atau diperoleh) atau perstasi. Manakala Matematik, menurut Bhasah Hj.
Abu Bakar (2002), Matematik mengandungi unsur-unsur yang utama iaitu simbolnya (seperti
nombor, titik garisan, bentuk) dan bahasa Matematik serta prinsip, hokum, teorem dan peraturan-
peraturan matematik yang digunakan untuk menjalankan operasinya.

       Pada asasnya matematik merupakan cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada
penaakulan terhadap kajian alam sekeliling dan cakerawala. Sehubungan itu, matematik menjadi
satu system logic yang menentukan rumusan-rumusan yang terdiri daripada bahasa Matematik
itu sendiri seperti symbol, hukum-hukum dan operasi-operasinya. Ringkasnya, Matematik boleh
diertikan sebagai satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni dan bahasa yang
tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan reaksi manusia.

       Disamping itu juga, menurut Swetz dan Su Tim (1983), matematik bukan sahaja
melibatkan pengiraan (computation), menghafal peraturan dan fakta, namun ianya juga
melibatka penyiasatan, penekoraan, eksperimen, mengemukakan masalah dan menyelesaikan
masalah.




    2.0 Isu-isu Perbezaaan Pencapaian Berdasarkan Perbezaan Kumpulan Sosial

   3.1 Isu status sosioekonomi

       Status sosioekonomi banyak mempengaruhi perbezaan pencapaian terutama pencapaian
matematik. Terdapat beberapa aspek-aspek penting di dalam sosioekonomi iaitu tahap
pendidikan ibu bapa, sikap ibu bapa, pendapatan keluarga, pekerjaan ibu bapa dan kestabilan
keluarga.Terdapat     beberapaan     kajian yang menbuktikan tahap pendidikan ibu bapa
mempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian daripada Saifuddin Hj Masduki (1977) yang
                                                                                              4
menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan
ibu bapa dan tahap pendidian ibu bapa. Manakala menurut Noraini (dalam Zarinah Arshat dan
Rozumah Baharuddin, 1999) menyatakan “anak-anak dari kelurga yang mempunyai status
sosioekonomi yang tinggi adalah lebih maju dalam persekolahan dan memperolehi gred
pencapaian lebih tinggi berbanding anak-anak dari keluarga yang mempunyai status ekonomi
yang rendah”. Menurut Brembeck pula dalam Badariah (1999), pencapaian akademik seseorang
dikatakan mempunyai pertalian yang rapat dengan status sosioekonomi keluarga. Terdapat juga
kajian mengenai sikap ibu bapa menjadi isu dalam perbezaan pencapaian pelajaran, kajian kes
mengenai Keciciran di sekolah Menengah (BPPDP, 1996) dan Drop-out & Low Achievement-
Case studies in selected in Malaysia (EPRD,1994) menggariskan beberapa sikap negative ibu
bapa atau keluarga terhadap pendidikan iaitu:

    •   Tidak mengambil berat terhadap pendidikan anak

        Ibu bapa sering kali melepas tangan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka hanya
        kepada guru-guru disekolah. Ini kita boleh lihat ibu bapa leka bekerja dan mencari duit
        sehingga melupakan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Kebanyakan ibu bapa
        keluar awal pagi manakala pulang lewat malam tanpa menghiraukan anak-anak. Ada
        diantara meraka sememangnya menghantar anak-anak ke sekolah mahupun kelas
        tambahan tetapi tidak tahudan tidak ambil berat terhadap perilaku anak-anak disekolah.
        Ini menyebabkan pelajar mula belajar sambil lewa dan berani untuk ponteng sekolah.
        Mereka juga membiarkan dan tidak mengambil tindakan terhadap tingkah laku anak-
        anak yang nakal. Meraka kurang mengawasi kemajuan pelajaran anak meraka dan tidak
        menyemak kerja sekolah anak-anak.

    •   Kurang kesedaran tentang kepentingan pelajaran

        Pelajaran amat penting dalam era kemodenan ini. Kurang kesedaran tentang kepentingan
        pelajaran ini biasanya boleh dilihat daripada ibu bapa yang berpendapatan rendah yang
        mana mereka lebih sukakan anak-anak mereka bekerja untuk membantu mereka untuk
        mengara hidup keluarga. Mereka lebih sukakan hidup ‘kais pagi makan pagi kais petang
        makan petang’ tanpa ingin merubah nasib keluarga mereka. Mereka sering menyerah


                                                                                             5
tugas membantu pelajran kepada anak yang lebih tua dan lebih suka anak menolong
          kerja di rumah berbanding bersekolah.

Terdapat beberapa faktor yang didapati saling berkait rapat antara satu sama lain iaitu pendidikan
ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, dan pendapatan ibu bapa. Faktor- faktor ini akan menjadi sebab
utama yang mempengaruhi pencapaian pelajaran anak-anak meraka. Perkaitan ini boleh dilihat
apabila tahap pendidikan ibu bapa rendah mereka akan mendapat pekerjaan yang kurang baik
sekaligus mereka akan mendapat pendapatan yang rendah. Pendapatan ini tidak mampu
menanggung nafkah keluarga. Dengan berpendapatan rendah juga ,mereka tidak dapat
memenuhi keperluan pendidikan anak-anak dan pelajar bekerja untuk membantu ibubapa.

          Menurut perangkaan kementerian Pembangunan Wanirta dan Kelurga, sebanyak 7.5
peratus penduduk Malaysia adalah di bawah paras kemiskinan. Ini bermakna seramai 1.7 juta
penduduk Malaysia perlu diberi perhatian yang sewajarnya dan daripada jumlah tersebut
sebanyak 16.5 peratus adalah daripada keluarga yang diketuai oleh ibu tunggal (The Sun, 22 Mei
2002).

Jadual berikut menunjukkan dapatan kajian yang diperoleh Oleh Abdullah Mohd Noor melalui
kajiannya yang bertajuk “Pengaruh Latar Belakang Sosial Keluarga Terhadap Pencapaian Sains
dan Matematik Dikalangan Murid Sekolah Reandah”.

         Skor                     Matematik                                Sains

                        Tinggi    Sederhana       Rendah    Tinggi     Sederhana       Rendah
   Pendapatan


     Rendah              0%          0%            0%         0%           0%            0%

    Sederhana            16%         11%           74%        5%          53%           42%
         Tinggi          33%         17%           50%       27%          33%           40%



   3.2 Isu pengaruh rakan sebaya

         Pengaruh adalah daya yang ada atau timbul dari sesuatu (orang atau benda) yang ikut
membentuk watak, kepercayaan an perbuatan seseorang. Rakan sebaya merujuk kepada remaja
                                                                                                6
yang sama umur atau sama paras kematangan. Masalah remaja sering kali dikaitkan dengan
rakan sebaya. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan-rakan mereka. Mereka sering
melepaskan dan berkongsi masalah mereka bersama rakan sebaya berbanding ibu bapa mereka.

        Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), rakan sebaya turut berperanan dalam
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.Pengaruh rakan sebaya merangkumi bersifat positif
atau negatif. Punca keruntuhan akhlak remaja pada peringkat ini mudah terikut-ikut dengan
rakan mereka (Gottfrendson & McNeil, 1991).Rakan sebaya di alam persekolahan adalah
kumpulan rujukan pelajar yang memberi ‘ sokongan moral’ dalam mencari identiti diri dan
pembentukan imej (Pomberi, 1990;Mahmood 1991).

        Antara faktor yang menyebabkan rakan sebaya boleh mempengaruhi pencapaian
akademik ialah mereka banyak habiskan masa bersama rakan-rakan, mempunyai perasaan ingin
memcuba yang tinggi, rakan lebih memahami mereka berbanding ibu bapa dan mereka ingin diri
mereka diterima. Menurut Tan Sri Abdul Taib Mahmud “kemahiran dalam bidang bimbingan
dan kaunseling dikalangan remaja dan belia penting bagi mengatasi pengaruh rakan sebaya agar
tidak terlibat dalam aktiviti anti sosial”.

Jadi, untuk mengatasi masalah ini, peranan keluarga amat penting dititik beratkan. Antara aspek
yang perlu dititik beratkan oleh ibu bapa ialah memberi kasih saying mencukupi, membina
disiplin yang kukuh, didikan yang betul, luangkan masa bersama-sama, layanan anak-anak
dengan mesra dan mendengar pendapat anak-anak.




    3.3 Isu Jantina

        Sains dan Matematik adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai
inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan.
Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunan negara. Namun begitu
isu berkaitan pencapaian pelajar mengikut jantina turut menjadi perbualan dalam pendidikan.

                                                                                             7
Dinegara ini, perbezaan pencapaian antara lelaki dan perempuan tidak begitu ketara, namun
banyak kajian menunjukkan pencapaian pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki di Malaysia.

       Terdapat beberapa kajian yang telah dikumpulkan dalam membuat analisis berkaitan
perbezaan pencapaian diantara pelajar lelaki dan perempuan.kajian pertama diambil daripada
Jamil Ahmad et.al (2001). Kajian beliau dan rakan-rakannya membincangkan perbezaan prestasi
akademik di kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Berdasarkan analisis prestasi pelajar lelaki dan perempuan dalam peperiksaan awam, iaitu
UPSR, PMR dan SPM. Pelajar perempuan keputusan yang lebih baik berbanding pelajar lelaki.
Disamping itu juga, daripada kajian beliau juga dapat simpulkan bahawa pencapaian pelajar
lelaki menurun setiap tahun. Jelas diperhatikan pada peperiksaan SPM, pelajar lelaki mempunyai
keputusan yang lebih rendah daripada pereampuan. Hal ini menunjukkan pelajar lelaki tidak
bersungguh-sungguh apabila usia mereka semakin meningkat. Seharusnya semakin matang umur
pelajar semakin meningkat pengetahuanya. Hal ini berlaku mungkin kerana disebabkan oleh
pengaruh rakan sebaya dikalangan pelajar. Di samping itu, perkara ini berlaku mungkin
disebabkan pelajar perempuan berkecondongan menggunakan strategi yang lebih konkrit seperti
menggunakan model dan membilang manakala pelajar lelaki pula berkecondongan
menggunakan strategi yang lebih abstrak yang mencerminkan kefahaman konsep mereka
(Fennema, Carpenter dan Jacobs, 1998).




   3.4 Isu sekolah

       Sekolah merupakan satu tempat yang sesuai untuk para pelajar menuntut ilmu
sehinggalah sampai ke menara gading. Walaubagaimanapun, sekolah juga merupakan faktor
yang menyebabkan prestasi akademik para pelajar menurun. Ini disebabkan oleh beberapa
faktor. Antaranya ialah kedudukan sekolah tersebut. Sekolah yang berada di kawasan pedalaman
sering kali di cop oleh masyarakat sebagai sekolah yang tercorot dalam prestasi akademik. Ini
berlaku kerana keadaan sekeliling sekolah tersebut. Sekolah yang berada di kawasan pedalaman
biasanya tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti di kawasan Bandar.
Kemudahan asas seperti meja, kerusi dan papan tulis serba kekurangan. Kesannya para pelajar
tidak dapat belajar dengan baik. Menurut Ibrahim (1993:78) menegaskan bahawa iklim yang

                                                                                            8
positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah. Banyak kajian yang dibuat menunjukkan bahawa
terdapat hubung kait yang rapat antara iklim sekolah dengan kejayaan murid. Sekiranya iklim
baik, guru dan murid akan lebih bermotivasi dan pada masa yang sama aktiviti pengajaran dan
pembelajaran akan berjalan dengan baik. Ini terbukti bahawa suasana sekolah yang kondusif
sangat mempengeruhi prestasi akademik pelajar.
       Selain daripada kemudahan asas yang tidak lengkap. Sumber bahan rujukan seperti pusat
sumber juga kurang. Buku rujukan yang diperlukan oleh pelajar untuk dijadikan sebagai rujukan
tambahan susah diperoleh menyebabkan para pelajar cetek ilmu berbanding dengan pelajar
Bandar yang serba lengkap. Kemudahan internet yang ada di bandar juga memudahkan mereka
untuk mencari maklumat. Kesannya pelajar-pelajar yang berada di luar banda jauh ketinggalan
berbanding d Bandar.
       Budaya menimba ilmu juga adalah sesuatu yang asing di luar bandar. Di sana
kemudahan yang boleh membantu para pelajar untuk maju. Pelajar-pelaja hidup selesa dengan
persekitaran kampung tanpa menghadapi saingan daripada bangsa-bangsa lain berbanding
dengan sekolah bandar yang efektif. Para pelajar tidak mempunyai masa untuk berehat. Masa
cuti hujung minggu dipenuhi dengan membuat kerja rumah dan ke kelas-kelas tambahan dan
tuisyen. Selain itu fikiran ibu bapa yang masih dogmatik iaitu berfikiran cetek. Mereka
beranggapan bahawa anak mereka tidak akan berjaya walapun pergi ke sekolah. Pemikiran
seperti ini seharusnya dikikis di kalangan para ibu bapa agar anak mereka mempunyai motivasi
yang tinggi untuk belajar dan mempunyai masa depan yang cerah kelak.




   3.5 Isu guru

       Adalah menjadi harapan Negara kita untuk mencapai taraf Negara maju menjelang tahun
2020. Kemajuan yang hendak dicapai itu adalah meliputi kesemua aspek kehidupan secara
seimbang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Pendidikan adalah merupakan sesuatu
perkara asas yang perlu dipandang berat oleh Negara jika ingin meralisasikan wawasan tersebut.
Walau bagaimanapun, tanpa guru yang berkualiti dan berpengalaman. Kemajuan yang hendak
ingin dicapai ini hanya la di mulut sahaja. Oleh itu para pendidik sangat memainkan peranan
yang sangat besar.

                                                                                            9
Price dan raiker (1999), tahap keyakinan guru mempengaruhi tahap keyakinan pelajar
dan seterusnya ia akan mempengaruhi pencapaian pelajar. Di sini kita dapat lihat bahawa guru
yang sambil lewa ketika mengajar akan mempengaruhi tahap pencapaian pelajar. guru
sepatutnya menjadi role model kepada para pelajar dan bukannya menjadi contoh yang kurang
baik kepada para pelajar. Selain itu, pengetahuan yang meluas dalam bidang yang diajar juga
sangat penting.

       Seterusnya ialah kaedah pengajaran, menurut sabri (2006), pengunaan kaedah pengajaran
lama, tidak menarik dan sukar difahami oleh pelajar menjadi punca kegagalan pelajar dalam
mata pelajaran tersebut. Dalam kes ini, guru seharusnya mempelbagaikan kaedah pengajaran
agar pelajar tidak berasa bosan dan jemu. Penyampaian guru yang jelas, menarik dan mudah
difahami oleh pelajar akan menjadikan mereka lebih berminat. Oleh itu, guru boleh
menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran, contohnya kaedah berpusatkan guru atau
pembelajaran berpusatkan pelajar. Melalui cara ini, para pelajar akan melibatkan diri secara tidak
langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya ketika guru menggunakan
kaeda pembelajaran berpusatkan pelajar. dengan kaedah yang sesuai sudah tentu akan
membangkitkan lagi rasa minat dalam diri pelajar untuk terus belajar dan mengikuti
pembelajaran sehingga tamat. Selain itu, interaksi pelbagai hala guru-murid, murid-murid dan
murid- guru, sudah tentu pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana komunikasi di
antara kedua pihak ini berlaku. Barker (1982) dalam shafrin, fadilah dan rahimi (2009), melalui
proses komunikasi, seorang guru bertindak sebagai pencetus utama sumber iaitu meliputi 55%
hingga 81% penyampaian maklumat dalam kelas.




   3.6 Isu halangan bahasa

       Bahasa merupakan satu elemen yang sangat penting dalam proses pembelajaran dan
pengajaran di mana bahasa         merupakan pengantar antara pengajar dan pelajar dalam
menyampaiakan maklumat mengenai pembelajaran. Walau bagaimanapun, timbul satu persoalan
iaitu mengapakah bahasa mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik.
Sebab utama disini ialah, pelaksanaan dasar bahasa inggeris dalam mata pelajaran sains dan
                                                                                               10
matematik (PPSMI). Dasar ini telah dilaksanakan pada tahun 2003 melibatkan pelajar tahun 1,
tingkatan 1 dan tingkatan 6 rendah.

       Kesan daripada dasar ini kita boleh lihat melalui pencapaian akademik pelajar dalam
mata pelajaran matematik. Buktinya pada tahun 2007, Negara kita Malaysia telah mengambil
bahagian dalam kajian TIMSS yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston Colledge,
Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Melalui kajian ini ada Negara yang skor purata
pencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit. Tetapi amat menyedihkan apabila
kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi mata pelajaran
matematik dan 40 mata bagi mata pelajaran sains.

       Banyak faktor yang menyebabkan merosotnya akademik pelajar dalam mata pelajaran
matematik. Antaranya ialah tahap penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar. pelajar yang
lemah dalam bahasa inggeris menghadapi situasi yang sukar dalam mempelajari subjek
matematik kerana istilah-istilah matematik ditukar ke bahasa inggeris. Kesannya ramai pelajar
yang kurang berminat belajar matematik dalam bahasa inggeris. Selain itu pengajaran guru
dalam bahasa inggeris juga meyukarkan pelajar untuk memahami sesuatu konsep dalam
matematik. Kaedah yang kurang bersesuaian juga menyebabkan pelajar bosan dan tiada
semangat untuk mempelajari matematik. Contohnya, guru tidak mempelbagaikan kaedah
pembelajaran dan tidak menggunakan alat bantu mengajar semasa proses pengajaran dam
pembelajaran.

       Oleh itu, pihak yang berkenaan seharusnya mengambil berat dalam menangani masalah
ini. Para ibu bapa seharusnya mendidik dan memberi sokongan yang secukupnya kepada anak
mereka agar mampu belajar matematik dengan baik. Guru pula seharusnya perlu berusaha dan
berfikir bagaimana menyelesaikan masalah ini. Contohnya guru mengadakan kelas tambahan
kepada pelajar yang lemah selain memberi motivasi kepada pelajar untuk berdepan dengan
bahasa inggeris.




    3.0 Penutup



                                                                                           11
Melalui isu-isu yang kita bincangkan, ini terbukti bahawa perbezaan sosial memainkan
peranan yang sangat besar dalam menentukan serta mencorak pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran matematik. Banyak kajian yang membuktikan bahawa isu status sosioekonomi, isu
pengaruh rakan sebaya, isu jantina, isu sekolah dan isu guru serta        isu halangan bahasa
merupakan antara isu yang mempengaruhi pencapaian pelajar.

       Oleh itu, langkah-langkah yang drastik serta efektif harus diambil serta dilaksanakan
untuk mengelakkan isu-isu ini semakin berleluasa. Pihak kerajaan serta masyarakat seharusnya
berganding bahu dalam menyelesaikan masalah ini. Kata pepatah berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing. Selain itu, guru seharusnya menggunakan kaedah yang efektif serta
memvariasikan kaedah untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari matematik.

       Melalui langkah serta tindakan yang efektif, masalah isu ini dapat dibendung dan dapat
dikurangkan dari semasa ke semasa. Seterusnya falsafah pendidikan kebangsaan dapat dicapai
iaitu memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.


                                         Rujukan


Arora, G.L. (2002). Teachers and their teaching: Need for new perspectives.

       YamunaVihar,Delhi: RAVI BOOKS



Fiddler, B. (2004). Merancang kemajuan sekolah ( Abd. Aziz Abd. Rahman, trans ). Kuala

       lumpur: Institute Terjemahan Negara Malaysia Berhad



Hussein Mahmood. (2008). Kepemimpinan dan keberkesanan sekolah. (ed.ke-2). Kuala Lumpur:

                                                                                           12
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur



Bearne, E. , Dombey, H & Grainger, T.(Eds.). (2003). Classroom interaction in literacy.

       England: Open university press



Kamarul Ariffin bin Abd Rashid.(2008). Perkaitan antara gaya pembelajaran dengan

       pencapaian Akademik subjek matematik di kalangan pelajar UTHM.Tesis. Pulau Pinang




Norawati binti Hashim. (2004). Hubungan pencapaian matematik murid-murid melayu sekolah

       rendah Luar Bandar mengikut jantina.Tesis.Tanjung Malim




Nur Ashiqin Bt Najmuddin.(2003). Pengaruh kerisauan pelajar terhadap pencapaian
Matematik

       dalam Bahasa Inggeris. Tarikh bahan diakses February,29,2012. Diperoleh daripada
       http://www.scribd.com/doc/9530847/Jurnal-Pengaruh-Kerisauan-Pelajar-Terhadap-
       Pencapaian-Matematik-Dalam-Bahasa-Inggeris




Bhasah Abu Bakar.(2009).Pencapaian dan penguasaan konsep dalam Matematik SPM. Tarikh

       bahan diakses Mac, 1, 2012. Diperoleh daripada. http://bhasahabubakar. blogspot.

       com/2009/05/pencapaian-dan-penguasaan-konsep-dalam.html.



                                                                                          13
14

More Related Content

What's hot

Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Irma Gurlz
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Rain_Ain
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Ameer Chann
 
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahFaktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahaddy mat
 
Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)Nurul Atiyah
 
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikPenggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikFarah Waheeda
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolahkrys73
 
Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1balqis umairah
 
Slideshow for issues on assessment
Slideshow for issues on assessmentSlideshow for issues on assessment
Slideshow for issues on assessmentDyg Khairunnisa
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedAmie Joan Juanis
 
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT FazHani Faz
 
Jurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek menJurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek menCahaya Cita-Cita
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolahSitti Aysa
 

What's hot (18)

Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
 
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahFaktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
 
Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)
 
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikPenggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
 
Pembentangan 2
Pembentangan 2Pembentangan 2
Pembentangan 2
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah
 
Budaya matematik
Budaya matematikBudaya matematik
Budaya matematik
 
Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1
 
Slideshow for issues on assessment
Slideshow for issues on assessmentSlideshow for issues on assessment
Slideshow for issues on assessment
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
 
Qayyum
QayyumQayyum
Qayyum
 
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
 
Jurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek menJurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek men
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
ISU JANTINA
ISU JANTINAISU JANTINA
ISU JANTINA
 

Similar to Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial

Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahFina Finaie
 
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah RendahJurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendahikhwankmk92
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-intansyafika
 
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahKumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahIzawati Saat
 
Combined
CombinedCombined
Combined098zxc
 
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?Muhammad Affrini Azim Zahari
 
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik muridDIHYAUDDIN SAAD
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikPuspachacha89
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliWana Ariza
 
Kajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanKajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanHabibah Abdullah
 
Refleksi Trends n Issues
Refleksi Trends n IssuesRefleksi Trends n Issues
Refleksi Trends n IssuesIzzati Hamid
 
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)zahjannanti
 
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK dolldhana13
 
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiTugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiSYAZWANI IBRAHIM
 
Bab 7 Perhubungan Luar
Bab 7 Perhubungan LuarBab 7 Perhubungan Luar
Bab 7 Perhubungan Luarzafeen zafeen
 
jurang pencapaian matematik sek menengah
jurang pencapaian matematik sek menengahjurang pencapaian matematik sek menengah
jurang pencapaian matematik sek menengahRain_Ain
 

Similar to Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial (20)

Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolah
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah RendahJurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahKumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
 
Combined
CombinedCombined
Combined
 
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
 
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
 
Kajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanKajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihan
 
Trend hanan
Trend hananTrend hanan
Trend hanan
 
Jurnal pendidikan kanak2
Jurnal pendidikan kanak2Jurnal pendidikan kanak2
Jurnal pendidikan kanak2
 
Refleksi Trends n Issues
Refleksi Trends n IssuesRefleksi Trends n Issues
Refleksi Trends n Issues
 
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
 
Ulasan jurnal PKPK
Ulasan jurnal PKPKUlasan jurnal PKPK
Ulasan jurnal PKPK
 
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
 
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiTugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
 
Bab 7 Perhubungan Luar
Bab 7 Perhubungan LuarBab 7 Perhubungan Luar
Bab 7 Perhubungan Luar
 
jurang pencapaian matematik sek menengah
jurang pencapaian matematik sek menengahjurang pencapaian matematik sek menengah
jurang pencapaian matematik sek menengah
 

Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial

  • 1. Trends and Issues in Education for Mathematical Sciences SME3023 Tajuk : Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial SEM 2 2011/2012 NAME MATRIC NO LEANDER JAMES D20091035061 AHMAD RAZIN B. AB KADIR D20091034981 LECTURER’S NAME : PROF. DR. MARZITA PUTEH ISI KANDUNGAN 1
  • 2. PERKARA MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 1 2.0 Definisi 2 3.0 Isu-isu perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial 2 3.1 Isu status sosioekonomi 2-4 3.2 Isu pengaruh rakan sebaya 5 3.3 Isu jantina 6 3.4 Isu sekolah 6-7 3.5 Isu guru 8 3.6 Isu halangan bahasa 9-10 4.0 Penutup 10 RUJUKAN 11-12 POWER POINT 2
  • 3. 1.0 pengenalan Matematik merupakan satu mata pelajaran penting dalam kehidupan seharian yang meletakkannya sebagai satu mata pelajaran yang mesti diajar di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Selaras dengan status dan pentingnya mata pelajaran matematik pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan setiap pelajar dikehendaki mengambil Matematik di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Kepentingan Matematik ini adalah jelas dengan kedudukan sebagai mata pelajaran teras dalam peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM. Kelulusan di peringkat kepujian adalah penting bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang sains, kejuruteraan, sains computer, perubatan, seni bina dan sebagainya. Kepentingan Matematik boleh dilihat dari beberapa aspek. Pertama, ia merupakan asas kepada pemikiran logical. Pengurusan Matematik membolehkan pelajar mengatur fikirannya secara logical. Kedua, Matematik bukan sekadar satu bidang ilmu yang mengajar berfikir secra logical tetapi juga merupakan asas kepada beberapa bidang sains teori dan gunaan. Penguasaan dalam Matematik menjadikan seseorang pelajar itu mantap dalam kemahiran berfikir secara logical dan kemahiran asa yang kukuh untuk mengusai lain-lain bidang sains. Juga didapati Matematik banyak menyumbang kepada pengukuran disiplin pelajar. Seseorang pelajar yang berupaya menghabiskan masa bagi menyelesaikan sesuatu masalah Matematik mempunyai sifat- sifat sabar, tekun dan yakin diri. Di kalangan pelajar sekolah ini beranggapan subjek matematik adalah subjek yang paling susah dan membebankan pelajar, namun tidak semua menyatakan begitu ada juga yang berminat dengan subjek ini. Namun terdapat banyak isu yang boleh didebatkan tentang perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial.Antara isu-isu yang boleh didebatkan berdasarkan perbezaan kumpulan sosial ialah status sosialekonomi, pengaruh rakan sebaya, jantina, sekolah, dan guru. Terdapat beberapa kajian mengenai perbezaan pencapaian pelajar. Mengikut Boocock (1972) dalam buku ‘ Sociology of learning’ menyatakan pengaruh-pengaruh dalam pencapaian akademik seseorang murid termasuklah pengaruh persekitaran sosial keluarga. Manakala 3
  • 4. mengikut Abdullah Mohd Noor (1999) ‘Pengaruh Latar belakang sosial keluarga terhadap pencapaian Sains dan Matematik di kalangan murid sekolah rendah. 1.0 Definisi Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-Empat, pencapaian dikatakan sebagai sesuatu yang telah dicapai( dihasilkan atau diperoleh) atau perstasi. Manakala Matematik, menurut Bhasah Hj. Abu Bakar (2002), Matematik mengandungi unsur-unsur yang utama iaitu simbolnya (seperti nombor, titik garisan, bentuk) dan bahasa Matematik serta prinsip, hokum, teorem dan peraturan- peraturan matematik yang digunakan untuk menjalankan operasinya. Pada asasnya matematik merupakan cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada penaakulan terhadap kajian alam sekeliling dan cakerawala. Sehubungan itu, matematik menjadi satu system logic yang menentukan rumusan-rumusan yang terdiri daripada bahasa Matematik itu sendiri seperti symbol, hukum-hukum dan operasi-operasinya. Ringkasnya, Matematik boleh diertikan sebagai satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan reaksi manusia. Disamping itu juga, menurut Swetz dan Su Tim (1983), matematik bukan sahaja melibatkan pengiraan (computation), menghafal peraturan dan fakta, namun ianya juga melibatka penyiasatan, penekoraan, eksperimen, mengemukakan masalah dan menyelesaikan masalah. 2.0 Isu-isu Perbezaaan Pencapaian Berdasarkan Perbezaan Kumpulan Sosial 3.1 Isu status sosioekonomi Status sosioekonomi banyak mempengaruhi perbezaan pencapaian terutama pencapaian matematik. Terdapat beberapa aspek-aspek penting di dalam sosioekonomi iaitu tahap pendidikan ibu bapa, sikap ibu bapa, pendapatan keluarga, pekerjaan ibu bapa dan kestabilan keluarga.Terdapat beberapaan kajian yang menbuktikan tahap pendidikan ibu bapa mempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian daripada Saifuddin Hj Masduki (1977) yang 4
  • 5. menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidian ibu bapa. Manakala menurut Noraini (dalam Zarinah Arshat dan Rozumah Baharuddin, 1999) menyatakan “anak-anak dari kelurga yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi adalah lebih maju dalam persekolahan dan memperolehi gred pencapaian lebih tinggi berbanding anak-anak dari keluarga yang mempunyai status ekonomi yang rendah”. Menurut Brembeck pula dalam Badariah (1999), pencapaian akademik seseorang dikatakan mempunyai pertalian yang rapat dengan status sosioekonomi keluarga. Terdapat juga kajian mengenai sikap ibu bapa menjadi isu dalam perbezaan pencapaian pelajaran, kajian kes mengenai Keciciran di sekolah Menengah (BPPDP, 1996) dan Drop-out & Low Achievement- Case studies in selected in Malaysia (EPRD,1994) menggariskan beberapa sikap negative ibu bapa atau keluarga terhadap pendidikan iaitu: • Tidak mengambil berat terhadap pendidikan anak Ibu bapa sering kali melepas tangan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka hanya kepada guru-guru disekolah. Ini kita boleh lihat ibu bapa leka bekerja dan mencari duit sehingga melupakan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Kebanyakan ibu bapa keluar awal pagi manakala pulang lewat malam tanpa menghiraukan anak-anak. Ada diantara meraka sememangnya menghantar anak-anak ke sekolah mahupun kelas tambahan tetapi tidak tahudan tidak ambil berat terhadap perilaku anak-anak disekolah. Ini menyebabkan pelajar mula belajar sambil lewa dan berani untuk ponteng sekolah. Mereka juga membiarkan dan tidak mengambil tindakan terhadap tingkah laku anak- anak yang nakal. Meraka kurang mengawasi kemajuan pelajaran anak meraka dan tidak menyemak kerja sekolah anak-anak. • Kurang kesedaran tentang kepentingan pelajaran Pelajaran amat penting dalam era kemodenan ini. Kurang kesedaran tentang kepentingan pelajaran ini biasanya boleh dilihat daripada ibu bapa yang berpendapatan rendah yang mana mereka lebih sukakan anak-anak mereka bekerja untuk membantu mereka untuk mengara hidup keluarga. Mereka lebih sukakan hidup ‘kais pagi makan pagi kais petang makan petang’ tanpa ingin merubah nasib keluarga mereka. Mereka sering menyerah 5
  • 6. tugas membantu pelajran kepada anak yang lebih tua dan lebih suka anak menolong kerja di rumah berbanding bersekolah. Terdapat beberapa faktor yang didapati saling berkait rapat antara satu sama lain iaitu pendidikan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, dan pendapatan ibu bapa. Faktor- faktor ini akan menjadi sebab utama yang mempengaruhi pencapaian pelajaran anak-anak meraka. Perkaitan ini boleh dilihat apabila tahap pendidikan ibu bapa rendah mereka akan mendapat pekerjaan yang kurang baik sekaligus mereka akan mendapat pendapatan yang rendah. Pendapatan ini tidak mampu menanggung nafkah keluarga. Dengan berpendapatan rendah juga ,mereka tidak dapat memenuhi keperluan pendidikan anak-anak dan pelajar bekerja untuk membantu ibubapa. Menurut perangkaan kementerian Pembangunan Wanirta dan Kelurga, sebanyak 7.5 peratus penduduk Malaysia adalah di bawah paras kemiskinan. Ini bermakna seramai 1.7 juta penduduk Malaysia perlu diberi perhatian yang sewajarnya dan daripada jumlah tersebut sebanyak 16.5 peratus adalah daripada keluarga yang diketuai oleh ibu tunggal (The Sun, 22 Mei 2002). Jadual berikut menunjukkan dapatan kajian yang diperoleh Oleh Abdullah Mohd Noor melalui kajiannya yang bertajuk “Pengaruh Latar Belakang Sosial Keluarga Terhadap Pencapaian Sains dan Matematik Dikalangan Murid Sekolah Reandah”. Skor Matematik Sains Tinggi Sederhana Rendah Tinggi Sederhana Rendah Pendapatan Rendah 0% 0% 0% 0% 0% 0% Sederhana 16% 11% 74% 5% 53% 42% Tinggi 33% 17% 50% 27% 33% 40% 3.2 Isu pengaruh rakan sebaya Pengaruh adalah daya yang ada atau timbul dari sesuatu (orang atau benda) yang ikut membentuk watak, kepercayaan an perbuatan seseorang. Rakan sebaya merujuk kepada remaja 6
  • 7. yang sama umur atau sama paras kematangan. Masalah remaja sering kali dikaitkan dengan rakan sebaya. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan-rakan mereka. Mereka sering melepaskan dan berkongsi masalah mereka bersama rakan sebaya berbanding ibu bapa mereka. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.Pengaruh rakan sebaya merangkumi bersifat positif atau negatif. Punca keruntuhan akhlak remaja pada peringkat ini mudah terikut-ikut dengan rakan mereka (Gottfrendson & McNeil, 1991).Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan pelajar yang memberi ‘ sokongan moral’ dalam mencari identiti diri dan pembentukan imej (Pomberi, 1990;Mahmood 1991). Antara faktor yang menyebabkan rakan sebaya boleh mempengaruhi pencapaian akademik ialah mereka banyak habiskan masa bersama rakan-rakan, mempunyai perasaan ingin memcuba yang tinggi, rakan lebih memahami mereka berbanding ibu bapa dan mereka ingin diri mereka diterima. Menurut Tan Sri Abdul Taib Mahmud “kemahiran dalam bidang bimbingan dan kaunseling dikalangan remaja dan belia penting bagi mengatasi pengaruh rakan sebaya agar tidak terlibat dalam aktiviti anti sosial”. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, peranan keluarga amat penting dititik beratkan. Antara aspek yang perlu dititik beratkan oleh ibu bapa ialah memberi kasih saying mencukupi, membina disiplin yang kukuh, didikan yang betul, luangkan masa bersama-sama, layanan anak-anak dengan mesra dan mendengar pendapat anak-anak. 3.3 Isu Jantina Sains dan Matematik adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunan negara. Namun begitu isu berkaitan pencapaian pelajar mengikut jantina turut menjadi perbualan dalam pendidikan. 7
  • 8. Dinegara ini, perbezaan pencapaian antara lelaki dan perempuan tidak begitu ketara, namun banyak kajian menunjukkan pencapaian pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki di Malaysia. Terdapat beberapa kajian yang telah dikumpulkan dalam membuat analisis berkaitan perbezaan pencapaian diantara pelajar lelaki dan perempuan.kajian pertama diambil daripada Jamil Ahmad et.al (2001). Kajian beliau dan rakan-rakannya membincangkan perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Berdasarkan analisis prestasi pelajar lelaki dan perempuan dalam peperiksaan awam, iaitu UPSR, PMR dan SPM. Pelajar perempuan keputusan yang lebih baik berbanding pelajar lelaki. Disamping itu juga, daripada kajian beliau juga dapat simpulkan bahawa pencapaian pelajar lelaki menurun setiap tahun. Jelas diperhatikan pada peperiksaan SPM, pelajar lelaki mempunyai keputusan yang lebih rendah daripada pereampuan. Hal ini menunjukkan pelajar lelaki tidak bersungguh-sungguh apabila usia mereka semakin meningkat. Seharusnya semakin matang umur pelajar semakin meningkat pengetahuanya. Hal ini berlaku mungkin kerana disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya dikalangan pelajar. Di samping itu, perkara ini berlaku mungkin disebabkan pelajar perempuan berkecondongan menggunakan strategi yang lebih konkrit seperti menggunakan model dan membilang manakala pelajar lelaki pula berkecondongan menggunakan strategi yang lebih abstrak yang mencerminkan kefahaman konsep mereka (Fennema, Carpenter dan Jacobs, 1998). 3.4 Isu sekolah Sekolah merupakan satu tempat yang sesuai untuk para pelajar menuntut ilmu sehinggalah sampai ke menara gading. Walaubagaimanapun, sekolah juga merupakan faktor yang menyebabkan prestasi akademik para pelajar menurun. Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah kedudukan sekolah tersebut. Sekolah yang berada di kawasan pedalaman sering kali di cop oleh masyarakat sebagai sekolah yang tercorot dalam prestasi akademik. Ini berlaku kerana keadaan sekeliling sekolah tersebut. Sekolah yang berada di kawasan pedalaman biasanya tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti di kawasan Bandar. Kemudahan asas seperti meja, kerusi dan papan tulis serba kekurangan. Kesannya para pelajar tidak dapat belajar dengan baik. Menurut Ibrahim (1993:78) menegaskan bahawa iklim yang 8
  • 9. positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah. Banyak kajian yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat hubung kait yang rapat antara iklim sekolah dengan kejayaan murid. Sekiranya iklim baik, guru dan murid akan lebih bermotivasi dan pada masa yang sama aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik. Ini terbukti bahawa suasana sekolah yang kondusif sangat mempengeruhi prestasi akademik pelajar. Selain daripada kemudahan asas yang tidak lengkap. Sumber bahan rujukan seperti pusat sumber juga kurang. Buku rujukan yang diperlukan oleh pelajar untuk dijadikan sebagai rujukan tambahan susah diperoleh menyebabkan para pelajar cetek ilmu berbanding dengan pelajar Bandar yang serba lengkap. Kemudahan internet yang ada di bandar juga memudahkan mereka untuk mencari maklumat. Kesannya pelajar-pelajar yang berada di luar banda jauh ketinggalan berbanding d Bandar. Budaya menimba ilmu juga adalah sesuatu yang asing di luar bandar. Di sana kemudahan yang boleh membantu para pelajar untuk maju. Pelajar-pelaja hidup selesa dengan persekitaran kampung tanpa menghadapi saingan daripada bangsa-bangsa lain berbanding dengan sekolah bandar yang efektif. Para pelajar tidak mempunyai masa untuk berehat. Masa cuti hujung minggu dipenuhi dengan membuat kerja rumah dan ke kelas-kelas tambahan dan tuisyen. Selain itu fikiran ibu bapa yang masih dogmatik iaitu berfikiran cetek. Mereka beranggapan bahawa anak mereka tidak akan berjaya walapun pergi ke sekolah. Pemikiran seperti ini seharusnya dikikis di kalangan para ibu bapa agar anak mereka mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar dan mempunyai masa depan yang cerah kelak. 3.5 Isu guru Adalah menjadi harapan Negara kita untuk mencapai taraf Negara maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang hendak dicapai itu adalah meliputi kesemua aspek kehidupan secara seimbang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Pendidikan adalah merupakan sesuatu perkara asas yang perlu dipandang berat oleh Negara jika ingin meralisasikan wawasan tersebut. Walau bagaimanapun, tanpa guru yang berkualiti dan berpengalaman. Kemajuan yang hendak ingin dicapai ini hanya la di mulut sahaja. Oleh itu para pendidik sangat memainkan peranan yang sangat besar. 9
  • 10. Price dan raiker (1999), tahap keyakinan guru mempengaruhi tahap keyakinan pelajar dan seterusnya ia akan mempengaruhi pencapaian pelajar. Di sini kita dapat lihat bahawa guru yang sambil lewa ketika mengajar akan mempengaruhi tahap pencapaian pelajar. guru sepatutnya menjadi role model kepada para pelajar dan bukannya menjadi contoh yang kurang baik kepada para pelajar. Selain itu, pengetahuan yang meluas dalam bidang yang diajar juga sangat penting. Seterusnya ialah kaedah pengajaran, menurut sabri (2006), pengunaan kaedah pengajaran lama, tidak menarik dan sukar difahami oleh pelajar menjadi punca kegagalan pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Dalam kes ini, guru seharusnya mempelbagaikan kaedah pengajaran agar pelajar tidak berasa bosan dan jemu. Penyampaian guru yang jelas, menarik dan mudah difahami oleh pelajar akan menjadikan mereka lebih berminat. Oleh itu, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran, contohnya kaedah berpusatkan guru atau pembelajaran berpusatkan pelajar. Melalui cara ini, para pelajar akan melibatkan diri secara tidak langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya ketika guru menggunakan kaeda pembelajaran berpusatkan pelajar. dengan kaedah yang sesuai sudah tentu akan membangkitkan lagi rasa minat dalam diri pelajar untuk terus belajar dan mengikuti pembelajaran sehingga tamat. Selain itu, interaksi pelbagai hala guru-murid, murid-murid dan murid- guru, sudah tentu pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana komunikasi di antara kedua pihak ini berlaku. Barker (1982) dalam shafrin, fadilah dan rahimi (2009), melalui proses komunikasi, seorang guru bertindak sebagai pencetus utama sumber iaitu meliputi 55% hingga 81% penyampaian maklumat dalam kelas. 3.6 Isu halangan bahasa Bahasa merupakan satu elemen yang sangat penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran di mana bahasa merupakan pengantar antara pengajar dan pelajar dalam menyampaiakan maklumat mengenai pembelajaran. Walau bagaimanapun, timbul satu persoalan iaitu mengapakah bahasa mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik. Sebab utama disini ialah, pelaksanaan dasar bahasa inggeris dalam mata pelajaran sains dan 10
  • 11. matematik (PPSMI). Dasar ini telah dilaksanakan pada tahun 2003 melibatkan pelajar tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 6 rendah. Kesan daripada dasar ini kita boleh lihat melalui pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran matematik. Buktinya pada tahun 2007, Negara kita Malaysia telah mengambil bahagian dalam kajian TIMSS yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston Colledge, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Melalui kajian ini ada Negara yang skor purata pencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit. Tetapi amat menyedihkan apabila kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi mata pelajaran matematik dan 40 mata bagi mata pelajaran sains. Banyak faktor yang menyebabkan merosotnya akademik pelajar dalam mata pelajaran matematik. Antaranya ialah tahap penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar. pelajar yang lemah dalam bahasa inggeris menghadapi situasi yang sukar dalam mempelajari subjek matematik kerana istilah-istilah matematik ditukar ke bahasa inggeris. Kesannya ramai pelajar yang kurang berminat belajar matematik dalam bahasa inggeris. Selain itu pengajaran guru dalam bahasa inggeris juga meyukarkan pelajar untuk memahami sesuatu konsep dalam matematik. Kaedah yang kurang bersesuaian juga menyebabkan pelajar bosan dan tiada semangat untuk mempelajari matematik. Contohnya, guru tidak mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan tidak menggunakan alat bantu mengajar semasa proses pengajaran dam pembelajaran. Oleh itu, pihak yang berkenaan seharusnya mengambil berat dalam menangani masalah ini. Para ibu bapa seharusnya mendidik dan memberi sokongan yang secukupnya kepada anak mereka agar mampu belajar matematik dengan baik. Guru pula seharusnya perlu berusaha dan berfikir bagaimana menyelesaikan masalah ini. Contohnya guru mengadakan kelas tambahan kepada pelajar yang lemah selain memberi motivasi kepada pelajar untuk berdepan dengan bahasa inggeris. 3.0 Penutup 11
  • 12. Melalui isu-isu yang kita bincangkan, ini terbukti bahawa perbezaan sosial memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan serta mencorak pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik. Banyak kajian yang membuktikan bahawa isu status sosioekonomi, isu pengaruh rakan sebaya, isu jantina, isu sekolah dan isu guru serta isu halangan bahasa merupakan antara isu yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Oleh itu, langkah-langkah yang drastik serta efektif harus diambil serta dilaksanakan untuk mengelakkan isu-isu ini semakin berleluasa. Pihak kerajaan serta masyarakat seharusnya berganding bahu dalam menyelesaikan masalah ini. Kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Selain itu, guru seharusnya menggunakan kaedah yang efektif serta memvariasikan kaedah untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari matematik. Melalui langkah serta tindakan yang efektif, masalah isu ini dapat dibendung dan dapat dikurangkan dari semasa ke semasa. Seterusnya falsafah pendidikan kebangsaan dapat dicapai iaitu memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Rujukan Arora, G.L. (2002). Teachers and their teaching: Need for new perspectives. YamunaVihar,Delhi: RAVI BOOKS Fiddler, B. (2004). Merancang kemajuan sekolah ( Abd. Aziz Abd. Rahman, trans ). Kuala lumpur: Institute Terjemahan Negara Malaysia Berhad Hussein Mahmood. (2008). Kepemimpinan dan keberkesanan sekolah. (ed.ke-2). Kuala Lumpur: 12
  • 13. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur Bearne, E. , Dombey, H & Grainger, T.(Eds.). (2003). Classroom interaction in literacy. England: Open university press Kamarul Ariffin bin Abd Rashid.(2008). Perkaitan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian Akademik subjek matematik di kalangan pelajar UTHM.Tesis. Pulau Pinang Norawati binti Hashim. (2004). Hubungan pencapaian matematik murid-murid melayu sekolah rendah Luar Bandar mengikut jantina.Tesis.Tanjung Malim Nur Ashiqin Bt Najmuddin.(2003). Pengaruh kerisauan pelajar terhadap pencapaian Matematik dalam Bahasa Inggeris. Tarikh bahan diakses February,29,2012. Diperoleh daripada http://www.scribd.com/doc/9530847/Jurnal-Pengaruh-Kerisauan-Pelajar-Terhadap- Pencapaian-Matematik-Dalam-Bahasa-Inggeris Bhasah Abu Bakar.(2009).Pencapaian dan penguasaan konsep dalam Matematik SPM. Tarikh bahan diakses Mac, 1, 2012. Diperoleh daripada. http://bhasahabubakar. blogspot. com/2009/05/pencapaian-dan-penguasaan-konsep-dalam.html. 13
  • 14. 14