2. Lempar cakera adalah satu acara yang
mempunyai prinsip yang hampir sama
dengan acara lontar peluru dan baling
tukul besi.
Kita perlu mempunyai kekuatan otot,
kelajuan dan kuasa serta menguasai teknik
lemparan yang betul untuk menghasilkan
lemparan yang sempurna dan jauh. Selain
itu, kita perlu mempunyai koordinasi dan
stabiliti yang baik ketika berputar dan
melakukan lemparan.
5. Pelaksanaan lempar cakera
dibahagikan kepada empat fasa iaitu:
1. Fasa persediaan
2. Fasa putaran
3. Fasa lemparan
4. Fasa ikut lajak
6. 1. Lemparan perlu dilaksanakan dari dalam bulatan. Hanya bahagian dalam
gelung besi bulatan yang boleh disentuh.
2. Masa melaksanakan lemparan adalah satu minit selepas masuk ke dalam
bulatan.
3. Lemparan dikira sah apabila:
4. Keseluruhan cakera jatuh di antara dua garisan pinggir bahagian dalam
sektor.
5. Kaki tidak terkeluar atau menyentuh tanah di luar bulatan ketika fasa ikut
lajak.
6. Selesai lemparan, keluar dari separuh bulatan bahagian belakang yang
ditandai dengan garisan putih.
7. Lemparan dibatalkan apabila:
8. Keluar dari bulatan sebelum cakera mencecah tanah.
9. Mana-mana bahagian tubuh menyentuh tanah di luar bulatan atau di atas
sisi besi bulatan.
10. Cakera jatuh di luar kawasan sektor.
11. Keluar dari bulatan lemparan melalui bahagian hadapan atau sisi.
12. Penggunaan sarung tangan tidak dibenarkan. Serbuk kapur boleh
digunakan pada tangan untuk membantu pegangan cakera.
13. Percubaan lemparan dilakukan sebanyak enam kali. Hanya lemparan
paling jauh diambil kira untuk menentukan pemenang.