SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 44
Harta Dari Perspektif Islam 
Dipadankan dari kitab: 
مقاصد الشرعية المتعلقة بالمال 
Bhg.1 
Ust Hj. Abdul Ghani Samsudin
Allah Membekalkan Manusia Dengan 
Sifat Menyukai Harta: 
• Allah berfirman dalam Surah Ali Imran :14 : 
زُي نَ لِّلنَّاسَِّ حُ بَ الشَّ ه واتَِّ مِّ نَ الن ساء والْبَ نِّن نَ والْق ن اطِّنرَِّ الْمُق ن ط رةَِّ مَِّ نَ الذَّ هبَِّ • 
والْفِّضَّةَِّ والْ خنْلَِّ الْمُ سوَّ مةَِّ والأ نْع امَِّ والْ حَرْ ذَِِّ لِّ كَ مت اعَُ الْ حن اةَِّ الد نْن ا وَالله عِّند هَُ 
حُسْنَُ الْ مآبَِّ 
14 أل عمران ] ]. 
• Manusia dibekalkan dengan naluri berahi kepada 
wanita di samping menyukai anak pinak, timbunan 
harta emas perak, kuda peliharaan yang 
bertanda/terlatih, binatang ternak dan sawah 
ladang. Tapi semua itu adalah mata benda dunia 
(yang fana) di sisi Allah terdapat ganjaran yang 
sangat lumayan
Dalam Surah Al Fajr 20: 
• Allah berfirman : 
وتُحِّب و نَ الْ ما لَ حُب اَ ج ماَ • 
• Dan kamu pula sangat menyintai harta benda
Harta benda Bukan Untuk 
Bermegah 
• Harta benda bukan ukuran keredhaan Allah kepada 
seseorang hambaNya. Sebaliknya harta mungkin 
membawa kecelakaan atau sebaliknya kebahgiaan: 
• Allah Berfirman: 
المالَُ والْب نُو نَ زِّين ةَُ الْ حن اةَِّ الد نْن ا والْب اقِّن اتَُ الصَّالِّ حاتَُ خنْ رَ عِّندَ رب كَ ث واباَ و خنْ رَ • 
.أ ملَ 
46 الكهف ] ] 
Harta dan anak-pinak hanyalah perhiasan hidup di dunia, 
namun (balasan) amal soleh di sisi Tuhanmu di akhirat 
kelak merupakan balasan yang jauh lebih baik sebagai 
ganjaran dan harapan.
Allah berfirman Dalam Surah Al Hadid 20: 
اعْل مُوا أ نَّ ما الْ حن اةَُ الد نْن ا ل عِّ بَ ول هْ وَ وزِّين ةَ وت ف اخَُ رَ ب نْن كُمَْ وت كاثُ رَ فِّي الْأ مْ والَِّ والْأَ وْ لَدَِّ ك مث لَِّ • 
غنْ ثَ أ عْ ج بَ الْكُفَّا رَ ن ب اتُهَُ ثُمََّ ي هِّنجَُ ف ت راهَُ مُصْفَ راَ ثُمََّ ي كُونَُ حُ طاماَ وفِّي الْْخِّ رةَِّ عذ ا بَ شدِّيدَ 
و مغْفِّ رةَ م نَ الله ورِّضْ وا نَ و ما الْ حن اةَُ الد نْن ا إِّلَََّ متَ اعَُ الْغُرُورَِّ 
• Sedarlah bahawa kehidupan di dunia ini sebok dengan 
budaya sukan dan keseronokan yang sia-sia. Budaya suka 
berhias, saling berbangga antara satu sama lain, saling 
berlumba-lumba mengumpul kekayaan dan meramaikan 
keturunan. Ia laksana hujan yang menghasilkan tanaman yang 
sangat mengkagumkan para petani. Kemudian tanaman itu 
kering dan dedaunnya menjadi kekuningan lalu gugur dan 
hancur. Ingatlah bahawa di Akhirat nanti sudah tersedia azab 
yang sungguh pedih, di samping keampunan dan keredaan 
Allah. Kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang 
serba memperdaya.
Harta Benda Bukan Untuk Berbangga 
• Allah berfirman dalam Surah Muhammad 36: 
إِّنَّ ما ال حن اةَُ الد نْن ا ل عِّ بَ ول هْ وَ وإِّن تُؤْمِّنَُوا وت تَّقُوا يُؤْتِّكُمَْ أُجُو ركُمَْ ولَ ي سْأ لْكُمَْ • 
أ مْ وال كُم 
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini lumrahnya 
penuh dengan hiburan dan kelekaan semata-mata. 
Tapi jika kamu beriman dan bertakwa, Allah 
pasti memberikan ganjaran kerana amalan kamu. 
Dia pula bukan meminta harta benda kamu. 
َْْ
Dalam Surah Al Munafiqun ayat 9: 
• Allah berfirman : 
ي ا أ ي ها الَّذِّي نَ آ منُوا لَ تُلْهِّكُمَْ أ مْ والُكَُمَْ ولَ أ وْلَدُكُمَْ عن ذِّكْرَِّ الله • 
و من ي فْع لَْ ذ لِّ كَ ف أوُْل ئِّ كَ هُمَُ الْ خاسَِّرُو نَ 
• Hai orang yang beriman jangan dibiarkan harta 
benda dan anak-anak kamu melalaikan kamu 
mengingati Allah. Sesiapa yang berbuat 
demikian merekalah sebenarnya orang yang 
rugi.
Al Mu’minun Ayat 55-56 
نُ سارِّعَُ ل هُمَْ فِّي .أ ي حْ سبُو نَ أ نَّ ما نُمِّد هُم بِّهَِّ مِّن مَّا لَ وَب نِّن نَ • 
الْ خنْ راتَِّ ب ل لَََّ ي شْعُرُو نَ 
• Adakah mereka menyangka bahawa 
apabila Kami memberikan kepada mereka 
harta benda dan anak-pinak , itu bermakna 
Kami menyegerakan keberuntungan yang 
cepat kepada mereka? Tidak, bahkan 
mereka tidak menyedari hakikat yang 
sebenarnya.
Harta Benda Adalah Ujian 
• Allah berfirman Dalam Surah Saba’ 37: 
و ما أ مْ والُكُمَْ و لََ أ وْ لَدُكُم بِّالَّتِّي تُق ربُكَُمَْ عِّند ن ا زُلْف ى إِّلَََّ منَْ آ م نَ و عمِّ لَ • 
صالِّحاَ ف أوُْل ئِّ كَ ل هُمَْ ج زاء ال ضعْفَِّ بِّ ما عمِّلَُوا وهُمَْ فِّي الْغُرُف اتَِّ آمِّنُون 
• Bukannya harta benda dan anak-pinak kamu yang 
mendekatkan kamu kepada Allah. Kecuali orang-orang 
yang beriman dan berbuat baik; mereka 
akan meraih ganjaran; yang berlipat ganda kerana 
amalan yang mereka lakukan. Mereka akan 
ditempatkan di dalam bilik-bilik; mahligai syurga 
dengan aman sentosa. 
•َْ
Dalam Surah al Taubah 24 
• Allah berfirman: 
قُلَْ إِّن كا نَ آب اؤُكُمَْ وأ بْن آؤُكُمَْ وإِّخْ وانَُكُمَْ وأ زْ واجُكُمَْ و عشِّن رتَُكُمَْ • 
وأ مْ وا لَ اقْت رفْتُمُو ها وتِّ جا رةَ ت خْ شوَْ نَ ك ساد ها و م ساكِّنَُ ت رْ ضَوْن ها 
أ حبََّ إِّل نْكُم م نَ ا للَِّ و رسُولِّهَِّ وجِّ ها دَ فِّي سبِّنلِّهَِّ ف ت ربَّصُواَْ حتَّى 
ي أْتِّ يَ الله بِّأ مْرِّهَِّ والله لََ ي هْدِّي الْق وْ مَ الْف اسِّقِّن نَ • 
24 التوبة ) ] • ).
Maksudnya: 
• Katakanlah, wahai Muhammad: “Seandainya 
bapa, anak, adik-beradik, isteri atau suami dan 
kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu 
usahakan, perniagaan yang kamu takut akan 
merosot, rumah-rumah penginapan yang kamu 
sukai, jika semua itu lebih kamu cintai daripada 
Allah dan rasul-Nya serta berjihad untuk 
agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah 
menampilkan balasan-Nya kepada kamu. Ini 
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk 
kepada manusia yang fasiq (mengabaikan 
perintah-Nya.)
Harta Menurut Beberapa Perspektif Lain 
• Harta dalam Islam mempunyai kedudukan yang penting 
dalam kehidupan individu dan kumpulan. Harta amat 
mempengaruhi kehidupan di dunia dan di akhirat. Ini 
sangat ketara kalau kita menjalankan kajian 
perbandingan antara ajaran agama Islam dan Kristian. 
Dalam agama Kristian misalnya pernah terdapat riwayat 
dalam kitab injil yang menjadi pegangan mereka bahawa 
Jesus pernah berkata : 
• “Alangkah sukarnya memasuki kerajaan Allah bagi 
mereka yang berharta, masuknya unta ke lubang jarum 
adalah lebih mudah berbanding orang kaya masuk ke 
dalam kerajaan Allah”. 
18 لوقا )إنجيل :انظر - • /24- 19 متى )، و( 25 : 23-24).
Perspektif Islam Amat Berbeda 
• “Apabila datang seorang lelaki menyatakan keinginannya untuk 
menjadi pengikut Jesus dan berjalan bersamanya beliau lantas 
memerintahkan, pergilah jual harta bendamu, kemudian 
datanglah menjadi pengikutku”. 
• Pandangan Islam amat berbeda. Islam menganggap harta 
sebagai wahana penting untuk merealisasi kepentingan syara’, 
baik yang bersifat keduniaan mahupun yang bersifat akhirat, baik 
yang bersifat individu mahupun yang bersifat kumpulan. Manusia 
tidak mungkin dapat melindungi survival dan kehidupan fizikalnya 
kecuali dengan harta. Dengan harta dia dapat menyambung 
kehidupan, makanan, minuman, membeli pakaian, membina 
kediamannya, mencipta sesuatu yang boleh mempertahankan diri 
dan kehormatannya. Dengan harta manusia dapat membina 
kehidupan dan meningkatkan kemajuan. 
19/21 )إنجيل متى :انظر - • ).
Harta Memungkinkan Orang Bersedekah 
• Dengan harta seseorang itu dapat 
mengeluarkan zakat, bersedekah, 
membebaskan hamba sahaya dan 
menyumbang dalam kerja-kerja kebajikan. 
Allah S.W.T berfirman ( Al- Balad ayat 11- 
18): 
• فَلا اقْتَحَمََ الْعَقَبَةََ *وَمَا أَدْرَاكََ مَا الْعَقَبَةَ *فَ كَ رَقَبَ ةَ *أَوَْ إِطْعَا مَ فَِي 
يَوْ مَ ذِي مَسْغَبَ ةَ *يَتِيماَ ذَا مَقْرَبَ ةَ *أَوَْ مِسْكِيناَ ذَا مَتْرََبَ ةَ *ث مَ كَانََ 
مِنََ ال ذِينََ آمَن وا وَتَوَاصَوْا بِال صبْرَِ وَتَوَاصَوْا بِالْمَرْحَمَةَِ
Maksudnya 
• “Dalam pada itu mengapa manusia tidak memilih untuk 
merempuh dan mengatasi kesukaran akhirat. Apakah 
engkau mengetahui amal yang boleh merempuh 
kesukaran akhirat itu? (iaitu amal-amal Yang tinggi 
darjatnya di sisi Tuhan). Antaranya ialah: 
memerdekakan hamba abdi; atau memberi makan 
pada hari kelaparan; kepada anak yatim dari kaum 
kerabat, atau kepada orang miskin yang terlantar di 
persada bumi . Selain dari itu, antara amalan lain yang 
boleh dilakukan oleh orang-orang yang beriman ialah 
berpesan satu sama lain agar bersabar serta saling 
berpesan agar hidup berkasih sayang. Nah mereka 
itulah orang-orang yang kanan dan beruntung.”
Harta Sebagai “Qiaman” 
• Kerana itulah Al-Quran menganggap harta sebagai 
“Qiaman” atau “Qiwaman” iaitu sendi atau tonggak 
kehidupan orang ramai. Harta zaman sekarang disebut 
sebagai “Nadi Kehidupan” Allah berfirman: (surah Al- 
Nisa’ayat 5) : 
وَلا ت ؤْت وا ال سفَهَاءََ أَمْوَالَك مَ ال تِي جَعَلََ ا للَّ لََك مَْ قِيَاماَ • 
• Ertinya: Janganlah kamu berikan (serahkan) kepada 
orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta 
(Mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang 
Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai 
asas pembangunan kehidupan kamu;
Nabipun Ramai Yang Berharta 
• Al-Quran banyak menyebut tentang Nabi-Nabi 
yang diberikan kekayaan hartabenda seperti 
para nabi yang Allah anugerahkan dengan 
singgahsana kerajaan. Umpamanya Nabi Allah 
Yusuf A.S. Beliau dapat menguasai negeri 
Mesir, dapat berkelana di situ di daerah 
pedalaman dengan bersahaja tanpa halangan. 
Nabi Daud a.s dikurniakan kerajaan dan 
kebijaksanaan. Nabi Sulaiman a.s diberikan 
kekayaan yang tidak akan ada sesiapa dapat 
memiliki kekayaan seperti kekayaannya
Harta Tidak Mutlak Bawa Musibah 
• Al-Quran menjelaskan bahawa harta itu sendiri 
bukan suatu musibah dan pembawa keburukan 
kepada manusia sepertimana yang dianggap 
oleh sesetengah pengikut agama sesat. 
Meraka berpegang kepada prinsip menyeksa, 
menyusahkan diri dan mengharamkan diri 
mereka menikmati sesuatu nikmat kebaikan 
tuhan. Mereka cenderung menyiksa tubuh 
badan mereka untuk mencapai ketinggian 
derjat yang maksima seperti para pengikut 
Brahma di India, Budha di Parsi, Rumaqien di 
Greek dan golongan “Ruhnarun” Kristien.
Harta Di Anggap “Khairan” 
• Sebaliknya kita dapati Al-Quran memanggil 
atau menamakan harta sebagai “Khairan” 
dalam beberapa ayat seumpama firman 
Allah s.w.t mengenai insan atau watak 
manusia. (Al-‘Aadiyat:8) : 
وَإِن هَ لِ ح بَِ الْخَيْرَِ لَشَدِيدَ • 
• Ertinya: . Bahawa sesungguhnya manusia 
sangat sayangkan “al-Khair” harta (yakni 
sangat tamak haloba).
Firman Allah : (Al-Baqarah:215) 
يَسْألَ ونَكََ مَاذَا ي نفِق ونََ ق لَْ مَا أَنفَقْت م منَْ خََيْ رَ فَلِلْوَالِدَيْنَِ وَالأَقْرَبِينََ وَالْيَتَامَى • 
وَالْمَسَاكِينَِ وَابْنَِ ال سبِيلَِ وَمَا تَفْعَل واَْ مِنَْ خََيْ رَ فَإِ نَ ا للََّ بِهَِ عَلِي مَ 
• Ertinya: “ mereka bertanya kepadamu (wahai 
Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan 
(dan kepada siapakah)? katakanlah: "Apa jua harta 
benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka 
berikanlah kepada: kedua ibu bapa, kaum kerabat, 
anak-anak yatim, orang-orang miskin, dan orang-orang 
yang terlantar dalam perjalanan. (Ingatlah), 
apa jua jenis-jenis kebaikan yang kamu lakukan, 
maka Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan 
membalas dengan sebaik-baiknya).
Mewasiatkan Harta 
• Firman Allah (Al-Baqarah:180) . 
ك تِبََ عَلَيْك مَْ إِذَا حَضَرََ أَحَدَك مَ الْمَوْ تَ إِن تََرَكََ خَيْ را الْوَصِي ةَ لِلْوَالَِدَيْنَِ • 
وَالأَقْرَبِينََ بِالْمَعْ روفَِ حَقًّا عَلَى الْ مت قِينََ 
• Ertinya: “Apabila seseorang dari kamu hampir 
mati,maka diwajibkan - jika ia ada meninggalkan 
harta, - membuat wasiat untuk ibu bapa dan 
kaum kerabat; dengan cara yang baik (menurut 
peraturan agama). Sebagai suatu kewajipan atas 
orang-orang yang bertaqwa.
Maksud perkataan “Khair” 
• Maksud perkataan “Khair” dalam ayat-ayat di atas ialah harta. 
Malah Al-Quran juga menganggap dalam banyak ayatnya 
bahawa harta , kemudahan hidup dan kelapangan rezeki sebagai 
imbuhan kebaikan yang Allah segerakan untuk para hamba Allah 
yang soleh di dunia ini. Allah berfirman dalam surah (Nuh ayat 
10–12) : 
• فَق لْ تَ اسْتَغْفِ روا رَب ك مَْ إِن هَ كَانََ غَف اراَ *ي رْسِلَِ ال سمَاءََ عَلَيْك مَْ مِدْرَاراَ *وَي مْدِدْك مَْ بِأمَْوَا لَ وَبَنِينََ 
وَيَجْعَلَْ لَك مَْ جَن ا تَ وَيَجْعَلَْ لَك مَْ أَنْهَاراَ 
• Ertinya: "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Mohonlah 
keampunan Tuhan kamu, Sesungguhnya Ia adalah Maha 
Pengampun. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), ia akan 
menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; "Dan 
ia akan memberi kepada kamu harta yang banyak, kekayaan 
serta anak-pinak. Malah Allah akan menganugerahkan kepada 
kamu kebun-kebun tanaman, di samping Ia mengalirkan untuk 
kamu sungai-sungai di dalamnya.
Kebaikan Mengundang Rezki 
• Allah berfirman (Al-Imran ayat 148): 
فَآتَاه مَ ا للَّ ثَوَابََ الد نْيَا وَ حسْنََ ثَوَابَِ الْْخِرَةَِ وََا للَّ ي حِ بَ الْ محْسِنِينََ • 
• Ertinya: “Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala 
dunia (kemenangan dan nama Yang harum), dan pahala 
akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat syurga yang tidak 
ada bandingannya). (Ingatlah), Allah sentiasa mengasihi 
orang-orang yang berbuat kebaikan. 
• Allah berfirman: (Al A’raf ayat 96) : 
وَلَوَْ أَ نَ أَهْلََ الْق رَى آمَن وا وَات قَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيَْهِمَْ بَرَكَا تَ مِنََ ال سمَاءَِ وَالْأَرْضَِ • 
• Ertinya: Sekiranya penduduk di sesuatu komuniti itu, 
beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan 
menghidangkan kepada mereka berbagai rezki dari 
langit dan bumi yang melimpah-ruah.
Firman Allah s.w.t: (Al-Talaq: 2,3). 
• وَمَنَْ يَت قَِ ا للََّ يَجْعَلَْ لَهَ مَخْرَجاَ *وَيَرْ زقْهَ مِنَْ حَيْ ثَ لا يَحْتَسِ بَ 
• Ertinya: Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah 
tunjukkan kepadanya jalan keluar (dari segala 
kesusahan),Bahkan Allah akan memberikan rezki kepadanya 
dari sumber yang tidak disangka-sangka olehnya. 
• Firman Allah s.w.t: (Al Maidah ayat 66). 
وَلَوَْ أَن همَْ أَقَا موا الت وْرَاةََ وَالْأِنْجِيلََ وَمَا أ نْزِلََ إِلَيَْهِمَْ مِنَْ رَب هِمَْ لَأَكَل وا مِنَْ فَوْقِهِمَْ وَمِنَْ تَحْتَِ • 
أَرْ جلِهِمَْ 
• Ertinya: Seandainya mereka bersungguh-sungguh 
menegakkan hukum-hakam Taurat dan Injil serta apa yang 
diturunkan kepada mereka oleh Tuhan mereka (Al-Quran), 
nescaya mereka akan mewah dengan makanan ; samada dari 
atas (langit) mahupun dari bawah kaki mereka (bumi).
Firman Allah (Adh-Dhuhaa ayat 8): 
وَوَجَدَكََ عَائِلاَ فَأغَْنَى • 
• Ketika didapatinya engkau miskin, Ia lantas 
menjadikan dirimu serba cukup 
• Firman Allah (Al-Anfal ayat 26): 
وَرَزَقَك مَْ مِنََ ال طيِ بَاتَِ لَعَل ك مَْ تَشَْك رونََ • 
• Allah mengurniakan kepada kamu anika 
rezeki yang baik-baik, supaya kamu 
bersyukur.
Rasulullah bersabda kepada ‘Amru Ibn Al-As: 
يَا عَمْ رو ، نِعْمََ الْمَا لَ ال صالِ حَ لِلْمَرْءَِ ال صالِحَِ • 
• “Wahai ‘Amru, sungguh bertuah harta yang soleh di tangan seorang yang 
soleh”. 
• Antara doa yang diwariskan oleh Baginda s.a.w ialah doa: 
الل ه مَ إِنِ ي أَسْألَ كََ الْ هدَى ، وَالت قَى ، وَالْعَفَافََ ، وَالْغِنَى • 
• “Ya Allah hambamu ini memohon hidayah, sifat ketaqwaan, sifat luhur dan hidup 
berharta”. 
• Saad Ibn Abi Waqqas meriwayatkan bahawa Baginda s.a.w s.a.w bersabda: 
إِن الله ي حِ بَ ألعَبْد اَََلتقِي ، اَلغَنِي ، اَلْخَفِي • 
• “Bahawa Allah sukakan hambanya yang bertaqwa, serta serba berada dan tidak 
menunjuk-nunjuk akan kekayaannya”. 
إسناده صحيح على شرط مسلم، وابن حبان في الزكاة :وقال مخ رجوه ( 17096 )رواه أحمد في المسند - • 
( ، عن عمرو بن العاص( 3210 
، وابن ( 3489 )، والترمذي في الدعوات ( 3692 )، وأحمد في المسند ( 2721 )رواه مسلم في الذكر والدعاء - • 
.، عن عبد الله بن مسعود( 3832 )ماجه في الدعاء 
.، عن سعد بن أبي وقاص( 2965 )رواه مسلم في الزهد والرقائق - •
Kekayaan Juga Suatu Kelebihan 
• Dalam sebuah hadith masyhur tentang wasiat iaitu apabila Saad Ibn Abi Waqqas hendak 
mewasiatkan semua atau sebahagian atau sepertiga untuk tujuan kebajikan, Baginda s.a.w 
bersabda: “sepertiga pun sudah banyak”. Baginda s.a.w juga pernah berdoa untuk khadam 
baginda, Anas bin Malik: “Semoga Allah memperbanyakkan hartanya”. Baginda s.a.w pernah juga 
bersabda “Tiada harta orang lain yang lebih memberi manfaat kepadaku berbanding harta Abu 
Bakar”. Ahli ilmu di dalam Islam memutuskan bahawa kelebihan itu pada orang kaya yang 
bersyukur berbanding orang fakir yang bersabar sebagaimana yang ditunjukkan di dalam hadith 
Nabi s.a.w: 
ذَهَبََ أَهْ لَ الد ث ورَِ بِالأ جورَِ • 
• “Nampaknya orang-orang yang berharta telah membawa balik (merangkul) berbagai macam 
ganjaran”. 
2864 )، وأبو داود ( 1479 )، كما رواه أحمد في المسند ( 1628 )، ومسلم في الوصية ( 56 )رواه البخاري في الإيمان :متفق عليه - • ) ، 
.، أربعتهم في الوصايا، عن سعد بن أبي وقاص( 2708 )، وابن ماجه ( 3626 )، والنسائي ( 2116 )والترمذي 
متفق ."اللهم أكثر ماله وولده، وبارك له فيما أعطيته" :قال .يا رسول الله، خادمك أنس ادع الله له :قالت أمي :عن أنس رضي الله عنه قال - • 
.عن أنس .( 13013 )، كما رواه أحمد في المسند ( 2481 )، ومسلم في الفضائل ( 6380 )رواه البخاري في الدعوات :عليه 
حديث حسن :، وقال( 3661 )إسناده صحيح على شرط الشيخين، والترمذي في المناقب :، وقال مخ رجوه( 7446 )رواه أحمد في المسند - • 
2894 )، وصححه الألباني في صحيح الترمذي ( 94 )غريب من هذا الوجه،، وابن ماجه في المقدمة ). 
• 
، وأبو ( 7243 )، كما رواه أحمد في المسند ( 595 )، ومسلم في المساجد ومواضع الصلاة ( 843 )رواه البخاري في الأذان :متفق عليه - • 
.، كلاهما في الصلاة، عن أبي هريرة( 927 )، وابن ماجه ( 1504 )داود
Pemberi Lebih Martabat Berbanding 
Penerima 
• Demikian juga keutamaan tangan yang terletak di atas, 
iaitu tangan yang menghulurkan atau memberi 
berbanding tangan yang di bawah. Iaitu tangan yang 
mengambil pemberian. Ini tersebut di dalam sebuah 
hadith yang sahih, Rasulullah s.a.w bersabda: 
اليَدَ الع لْيَا خَيْ رَ مِنََ اليَدَِ ال سفْلَى وابدأ بمن تعول • 
• “Tangan yang di atas itu lebih baik berbanding tangan 
yang dibawah, mulakanlah dengan memberi orang 
yang anda tanggung”. - ، ومسلم ( 1429 )رواه البخاري :متفق عليه 
( ، وأبو داود ( 7155 )، كلاهما في الزكاة، كما رواه أحمد في المسند ( 1033 
( .، كلاهما في الزكاة، عن أبي هريرة( 2533 )، والنسائي ( 1648
2- Wajib Menjaga dan Melindungi Harta 
• Oleh kerana pentingnya harta menurut 
pandangan Islam maka Al-Quran dan sunnah 
menampilkan pesanan dan arahan agar harta 
dilindungi dan dijaga. Begitu juga terdapat 
pesanan agar jangan mensia-siakan harta, 
larangan membazirkan wang dan melampau– 
lampau berbelanja.Disamping itu terdapat pula 
selaran Allah terhadap hamba-Nya yang 
menyimpan dan membekukan harta ketika 
musim memajak dan membela binatang ternak.
Seterusnya sekatan berbelanja kepada 
golongan yang tidak sempurna akal 
• Seperti dalam firman Allah s.w.t (surah Al Nisa’ ayat 
5) : 
وَلا ت ؤْت وا ال سفَهَاءََ أَمْوَالَك مَ • 
• Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada 
orang-orang yang belum sempurna akalnya harta 
(mereka yang ada dalam jagaan) kamu, 
• Larangan ini adalah untuk kepentingan masyarakat. 
Begitu juga larangan kepada kanak-kanak dan 
mereka yang tidak siuman menguruskan harta 
mereka. Ini adalah untuk menjaga kepentingan 
orang yang dilarang itu sendiri.
Pentingnya Harta Ditegaskan Oleh Ayat 
282 Surah Al Baqarah 
يَا أَي هَا ال ذِينََ آمَن واَْ إِذَا تَدَايَنت م بِدَيْ نَ إِلَى أَجَ لَ مسَمًّى فَاكْت ب وهَ وَلْيَكْت ب ب يْنَك مَْ كَاتِ بَ • 
بِالْعَدْلَِ وَلاََ يَأْبََ كَاتِ بَ أَنَْ يَكْت بََ كَمَا عَل مََهَ ا للَّ فَلْيَكْت بَْ وَلْي مْلِلَِ ال ذَِي عَلَيْهَِ الْحَ قَ 
وَلْيَت قَِ ا للََّ رَب هَ وَلاََ يَبْخَسَْ مِنْهَ شَيْئ ا فََإِن كَانََ ال ذِي عَلَيْهَِ الْحَ قَ سَفِي هَا أَوَْ ضَعِيف ا 
أَوَْ لاََ يَسْتَطِي عَ أَن ي مِ لَ ه وََ فَلْي مْلِلَْ وَلِي هَ بِالْعَدْلَِ وَاسْتَشْهِد واَْ شَهِيدَيْنَِ مَِن رجَالِك مَْ 
فَإِن ل مَْ يَك ونَا رَ جلَيْنَِ فَرَ ج لَ وَامْرَأَتَانَِ مِ مَن تَرْضَوْنََ مِنََ ال شهَدَاء أَن تَضِ لَ 
إِحْدَاه مَا فَت ذَ كرََ إِحْدَاه مَا الأ خْرَى وَلاََ يَأْبََ ال شَهَدَاء إِذَا مَا د ع واَْ وَلاََ تَسْأ موْا أََن 
تَكْت ب وهَ صَغِي را أَو كَبِي را إِلَى أَجَلِهَِ ذَلِك مَْ أََقْسَط عَِندََ ا للَِّ وَأَقْوَ مَ لِل شهَادَةَِ وَأَدْنَى أَلاَ 
تَرْتَاب واَْ إِلاَ أَن تَك ونََ تِجَارَةَ حَاضِرَةَ ت دِي رونَهَا بَيْنَك مَْ فَلَيْسََ عَلَيْك مَْ جَنَا حَ أَلاَ 
تَكْت ب وهَا وَأَشْهِد واَْ إِذَا تَبَايَعْت مَْ وَلاََ ي ضَا رَ كَاتِ بَ وَلاََ شَهِيدَ وَإِن تَفْعَل واَْ فََإِن هَ ف س و قَ 
بِك مَْ وَات ق واَْ ا للََّ وَي عَلِ مك مَ ا للَّ وَا للَّ بَِك لَ شَيْ ءَ عَلِي مَ
Maksudnya 
• Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! apabila kamu 
menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi 
tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu 
menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Hendaklah seorang 
penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan 
janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah 
telah mengajarkannya. oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah 
orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan 
jelas). dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan 
janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. kemudian 
jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak 
dapat hendak merencanakan (isi catatan itu), maka hendaklah 
direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu 
mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. kemudian 
kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki 
dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui 
menjadi saksi,
Sambungan Maksud Ayat 
• supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang 
berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. dan 
jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi 
saksi. dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang 
bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. 
Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membenarkan 
(menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada 
tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai 
perniagaan tunai yang kamu lakukan transaksinya sesama 
sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Di 
samping itu adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli, serta 
janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. 
Sebaliknya jikalau kamu melakukan (Apa yang dilarang itu), maka 
sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) 
yang ada pada kamu. oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada 
Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar 
kamu; dan Allah sentiasa mengetahui segala sesuatu.
III.Larangan Agar tidak Terfitnah Dengan Harta dan tidak 
melampaui batas disebabkan harta. 
• Meskipun kedudukan harta penting dalam Islam 
namun kita dapati Islam mengingatkan agar 
menusia tidak terpesona dengan kemilaunya dan 
tidak takabbur dan bongkak kerananya. Allah 
berfirman (Surah Al Taghaabun ayat 15). 
إِن مَا أَمْوَال ك مَْ وَأَوْلاد ك مَْ فِتْنَةَ • 
• Anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan 
di sisi Allah sebenarnya terdapat pahala yang 
besar.”
Kekayaan Boleh Menjebak Manusia 
• Firman Allah (Surah Al Alaq: 6–7) : 
• كَ لاَ إِ نَ الْأِنْسَانََ لَيَطْغَى *أَنَْ رَآهَ اسْتَغْنَى 
• Ertinya: “Ingatlah! Sesungguhnya manusia 
mudah melampaui batas (yang sepatutnya 
atau yang sewajibnya), 
• Apabila ia melihat dirinya sudah serba 
berada dan cukup kaya.
Manusia Bongkak Dengan Harta 
• Al-Quran menghubungkaitkan sifat egoistik dan 
melampau seseorang itu dengan pandangan 
bongkak manusia dan kerana dia tidak memerlukan 
tuhan lagi. Allah berfirman (Al-Munafiqun:6): 
يَا أَي هَا ال ذِينََ آمَن وا لا ت لْهِك مَْ أَمْوَال ك مَْ وَلا أَوَْلاد ك مَْ عَن ذِكْرَِ ا للَِّ وَمَن يَفْعَلَْ ذَلِكََ • 
فَأ ولَئِكََ ه مَ الْخَاسِ رونََ • 
• Ertinya: “hai orang –orang yang beriman jangan lah 
kamu dilalaikan oleh harta dan anak pinak kamu 
daripada mengingati Allah. Sesiapa yang 
berkelakuan demikian, itulah golongan yang rugi”.
Bencana bukan kerana wujudnya harta dan anak–anak 
tetapi ialah kerana sikap leka dan cuai orang berkenaan 
terhadap zikrullah. 
• Dalam masa yang sama Allah memuji para pengunjung masjid . 
Allah berfirman: (surah Al-Nuur ayat 36-37 ) : 
فِي ب ي و تَ أَذِنََ ا للَّ أَن ت رْفَعََ وَي ذْكَرََ فِيهَا اسْ مهَ ي سَبِ حَ لََهَ فِيهَا بِالْغ د وَِ وَالْصَالَِ • 
رِجَا لَ لاَ ت لْهِيهِمَْ تِجَارَةَ وَلا بَيْ عَ عَن ذِكْرَِ ا للَِّ وَإِقَامَِ ال صلاةَِ وَإِيتَاء ال زكَاةَِ يَخَاف ونََ يَوْ ما تَتَقَل بَ فِيهَِ • 
الْق ل و بَ وَالأَبْصَا رَ 
• 
• Ertinya: “(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar Dengan nyatanya 
terutama sekali) di rumah-rumah Ibadat Yang diperintahkan oleh 
Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat 
nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan Ibadat mensuci dan 
memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat itu dikerjakan 
oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh 
perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati 
Allah, dan mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat. 
Mereka takut hari (kiamat) ; hari di mana hati dan pandangan 
manusia berbolak-balik.
Mereka Golongan Pedagang Yang Soleh 
• Mereka bukan golongan Darwish dan bukan juga penganggur tapi adalah 
golongan bisness dan peniaga yang kesibukan mereka tidak menghalang 
mereka daripada mengingati Allah dan melunaskan tanggungajawabnya. 
• Sebab itu tidak hairan lah kalau kita melihat Al-Quran menyelar golongan 
hartawan yang bongkak dan berlagak seperti Qarun. Allah berfirman (surah Al- 
Qasas ayat 76 ) : 
إِ نَ قَا رونََ كَانََ مِنَْ قَوْمَِ موسَى فَبَغَى عَلَيْهِمَْ وَآتَيْنَاهَ مِنََ الْك ن وزَِ مَا إَِ نَ مَفَاتِحَهَ لَتَن و ءَ بِالْع صْبَةَِ أ ولِي الْق وةَِ إِذَْ قَالََ لَهَ قَوْ مهَ • 
...لا تَفْرَحَْ إِ نَ ا للََّ لا ي حِ بَ الْفَرِحِينََ 
• Ertinya: (76). Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum Nabi Musa, kemudian ia 
bersikap sombong dan zalim terhadap mereka. Sebenarnya Kami telah 
mengurniakan kepadanya berbagai jenis kekayaan; sehinggakan anak-anak 
kunci karong hartanya menjadi beban yang sangat berat untuk dipikul oleh orang 
yang kuat sasa. (ia berlagak sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: 
"Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu). Sesungguhnya 
Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu 
itu). 
• Akhirnya dia bernasib malang kerana Allah membenamkan Qarun, rumah dan 
hartanya di perut bumi.
Perangai Golongan Mewah 
• Demikian halnya dengan kisah pemilik dua ladang besar yang 
tersebut dalam surah Al Kahfi iaitu kaum Aad dan Thamud. 
Allah berfirman tentang kaum Aad “ Adakah kamu asyik 
membina di setiap dataran tinggi premis mewah untuk kamu 
berpoya-poya. Kamu bina berbagai perusahaan untuk kamu 
kekal tinggal di dunia ini . “ 
• Firman Allah s.w.t (Surah Al Syu’ara ayat 128,129, 132-134) 
• أَتَبْن ونََ بِك لَ رِيعَ آيَةَ تَعْبَث ونََ *وَتَت خِذ ونََ مَصَانِعََ لَعَل ك مَْ تَخَْل د ونََ 
• Ertinya: (128). "Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap 
tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, 
padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang 
baik.(129). "Dan kamu pula bersusah payah mendirikan 
istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh; dengan 
harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?”
Pesanan Allah Kepada Kaum Ningrat 
• 
• وَات ق وا ال ذِي أَمَد ك مَْ بِمَا تَعْلَ مونََ *أَمَد ك مَْ بِأنَْعَا مَ وَبَنَِينََ *وَجَن ا تَ وَع ي و نَ 
• Ertinya: (132). “Bertakwa dan berbaktilah kamu 
kepada Allah yang telah menolong kamu 
dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang 
kamu sedia mengetahuinya.(133). "Diberinya 
kamu binatang-binatang ternak (yang biak) 
serta anak-pinak (yang ramai),(134). “Malah 
taman-taman (yang indah permai) serta 
sumber-sumber matair (yang mengalir).
Kenikmatan Dunia Ini Sementara 
• Firman Allah s.w.t berkaitan Kaum Thamud (As- 
Syuaraa’: 146-148) 
• أَت تْرَك ونََ فِي مَا هَاه نَا آمِنِينََ *فِي جَن ا تَ وَع ي و نَ *وَ ز روعَ وَنَخْ لَ طَلَْع هَا 
هَضِي مَ 
• Ertinya: (146). "Adakah (kamu fikir), bahawa kamu 
akan dibiarkan berterusan bersenang-senang dalam 
nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? –(147). "Di 
dalam taman-taman (yang indah permai), dan 
pancuran mata air (yang mengalir), (148). “Di 
samping kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon 
tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?
Firman Allah s.w.t (Surah Al-Humazah ayat 1–8): 
• وَيْ لَ لِك لَ ه مَزَةَ ل مَزَةَ *ال ذِي جَمَعََ مَالاَ وَعَد دَهَ *يَحْسَ بَ أَ نَ مَالَهَ أَخْلَدََهَ *كَ لاَ لَي نْبَذَ نَ فَِي 
الْ حطَمَةَِ *وَمَا أَدْرَاكََ مَا الْ حطَمَةَ *نَا رَ ا للَِّ الْ موقَدَةَ *ال تِي تَ طلِ عَ عَلَى الْأََفْئِدَةَِ *إِن هَا 
عَلَيْهِمَْ مؤْصَدَةَ *فِي عَمَ دَ ممَد دَةَ 
• Ertinya: (1). Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, 
pengeji,(2). Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang 
menghitung kekayaannya; (3). ia menyangka bahawa 
hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!(4). 
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al- 
Hutamah".(5). Apakah engkau tahu , apa Dia "Al-Hutamah" 
itu? (6). (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan 
(dengan perintahNya), -(7). Yang naik menjulang membakar 
hati-hati manusia; (8). Sesungguhnnya api neraka itu 
ditutup rapat melibas mereka.Sedangkan mereka membujur 
terikat ditiang-tiang neraka.
Firman Allah s.w.t: (Surah Al-Masad ayat 1–5): 
• تَب تَْ يَدَا أَبِي لَهَ بَ وَتَ بَ *مَا أَغْنَى عَنْهَ مَال هَ وَمَا كَسََبََ *سَيَصْلَى 
نَاراَ ذَاتََ لَهَ بَ *وَامْرَأَت هَ حَ مالَةََ الْحَطَبَِ *فِي جِيدِهَا حَبْ لَ مَِنَْ مَسَ دَ 
• Ertinya: (1) Binasalah kedua-dua tangan Abu 
Lahab dan binasalah ia bersama (2) Hartanya 
dan segala yang diusahakannya, tidak dapat 
menolongnya. (3) Ia akan menderita bakaran 
api neraka yang marak menjulang (4) Dan juga 
isterinya, seorang perempuan pemunggah 
kayu api. (5) Dilehernya sejenis tali dari tali-tali 
yang dipintal.
Firman Allah s.w.t (Surah Al-Qalam ayat 14): 
أَنَْ كَانََ ذَا مَا لَ وَبَنِينََ • 
• Ertinya: (14). Mentang-mentanglah dia 
seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya 
(maka ia mendustakan agama Kami)? – 
• Pengertian ini semua terdapat dalam ayat 
Quran yang diturunkan di Mekah yang 
merumuskan asas–asas prinsip dan dasar-dasar 
Islam dalam menyebarkan risalah 
kemanusiaannya.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamTarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Yu Diey
 
Jual Beli - Khiyar
Jual Beli - KhiyarJual Beli - Khiyar
Jual Beli - Khiyar
ezz_ally
 
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-butiFiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
ieda kahar
 
Kemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahKemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidah
akhmal ali
 
Pengurusan menurut al quran
Pengurusan menurut al quranPengurusan menurut al quran
Pengurusan menurut al quran
Kamarudin Jaafar
 
Maqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalanMaqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalan
Affwan Lokman
 

Was ist angesagt? (20)

usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
 
PRINSIP EKONOMI ISLAM .
PRINSIP EKONOMI ISLAM .PRINSIP EKONOMI ISLAM .
PRINSIP EKONOMI ISLAM .
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamTarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
 
Maksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazaliMaksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazali
 
Jual Beli - Khiyar
Jual Beli - KhiyarJual Beli - Khiyar
Jual Beli - Khiyar
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islamPengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
 
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-butiFiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
 
Kemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahKemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidah
 
Bai Al- Tawarruq
Bai Al- TawarruqBai Al- Tawarruq
Bai Al- Tawarruq
 
Pengurusan menurut al quran
Pengurusan menurut al quranPengurusan menurut al quran
Pengurusan menurut al quran
 
Al ijarah
Al ijarahAl ijarah
Al ijarah
 
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyataUsuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
 
Peranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinPeranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-Usuluddin
 
Konsep nasakh & mansukh
Konsep nasakh & mansukhKonsep nasakh & mansukh
Konsep nasakh & mansukh
 
Maqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalanMaqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalan
 
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKHUSULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
 
Sumber Syariah
Sumber SyariahSumber Syariah
Sumber Syariah
 

Ähnlich wie Harta dari perspektif islam

Al Quran Hadits.pptx
Al Quran Hadits.pptxAl Quran Hadits.pptx
Al Quran Hadits.pptx
Ubaidillah69
 
Akhlak islami
Akhlak islamiAkhlak islami
Akhlak islami
bibih
 
Banda Marekna Kepyar Apa Ambyar.pdf
Banda Marekna Kepyar Apa Ambyar.pdfBanda Marekna Kepyar Apa Ambyar.pdf
Banda Marekna Kepyar Apa Ambyar.pdf
RizqiATBM
 

Ähnlich wie Harta dari perspektif islam (20)

Harta dari perspektif islam 2
Harta dari perspektif islam 2Harta dari perspektif islam 2
Harta dari perspektif islam 2
 
Memupuk jiwa qana'ah
Memupuk jiwa qana'ahMemupuk jiwa qana'ah
Memupuk jiwa qana'ah
 
E proposal pondok tahfidzul qur'an bakhutma
E proposal pondok tahfidzul qur'an bakhutmaE proposal pondok tahfidzul qur'an bakhutma
E proposal pondok tahfidzul qur'an bakhutma
 
kultum 16.docx
kultum 16.docxkultum 16.docx
kultum 16.docx
 
Keluasan dan keperluan dakwah pt 4
Keluasan dan keperluan dakwah pt 4Keluasan dan keperluan dakwah pt 4
Keluasan dan keperluan dakwah pt 4
 
Haji, tauhid dan keutamaannya
Haji, tauhid dan keutamaannyaHaji, tauhid dan keutamaannya
Haji, tauhid dan keutamaannya
 
Solidariti dan Setiakawan Dari Perspektif Islam
Solidariti dan Setiakawan Dari Perspektif Islam Solidariti dan Setiakawan Dari Perspektif Islam
Solidariti dan Setiakawan Dari Perspektif Islam
 
1. Agar Hidup Menjadi Berkah.docx
1. Agar Hidup Menjadi Berkah.docx1. Agar Hidup Menjadi Berkah.docx
1. Agar Hidup Menjadi Berkah.docx
 
Taqwa menurut Imam Ali
Taqwa menurut Imam AliTaqwa menurut Imam Ali
Taqwa menurut Imam Ali
 
an nahl 97.pptx
an nahl 97.pptxan nahl 97.pptx
an nahl 97.pptx
 
‘AQABAH KEEMPAT Aqabah Gangguan Rintangan
‘AQABAH KEEMPAT Aqabah Gangguan Rintangan‘AQABAH KEEMPAT Aqabah Gangguan Rintangan
‘AQABAH KEEMPAT Aqabah Gangguan Rintangan
 
Al Quran Hadits.pptx
Al Quran Hadits.pptxAl Quran Hadits.pptx
Al Quran Hadits.pptx
 
Akhlak islami
Akhlak islamiAkhlak islami
Akhlak islami
 
Bab4 perilakuterpuji
Bab4 perilakuterpujiBab4 perilakuterpuji
Bab4 perilakuterpuji
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Zakat pembersih harta
Zakat pembersih hartaZakat pembersih harta
Zakat pembersih harta
 
Kelompok 4 tafsir hadits ekonomi
Kelompok 4 tafsir hadits ekonomiKelompok 4 tafsir hadits ekonomi
Kelompok 4 tafsir hadits ekonomi
 
Rekonstruksi makna hijrah 2
Rekonstruksi makna hijrah 2Rekonstruksi makna hijrah 2
Rekonstruksi makna hijrah 2
 
3.1 ahammiyyatu ma'rifatillah
3.1 ahammiyyatu ma'rifatillah3.1 ahammiyyatu ma'rifatillah
3.1 ahammiyyatu ma'rifatillah
 
Banda Marekna Kepyar Apa Ambyar.pdf
Banda Marekna Kepyar Apa Ambyar.pdfBanda Marekna Kepyar Apa Ambyar.pdf
Banda Marekna Kepyar Apa Ambyar.pdf
 

Mehr von Abdul Ghani

Mehr von Abdul Ghani (20)

Konsep kekeluargaan malaysia perspektif PH
Konsep kekeluargaan malaysia perspektif PHKonsep kekeluargaan malaysia perspektif PH
Konsep kekeluargaan malaysia perspektif PH
 
Uyghur mosques ppt
Uyghur mosques pptUyghur mosques ppt
Uyghur mosques ppt
 
Kepentingan sifat ikhlas dalam ibadah dan beramal
Kepentingan sifat  ikhlas dalam ibadah dan beramalKepentingan sifat  ikhlas dalam ibadah dan beramal
Kepentingan sifat ikhlas dalam ibadah dan beramal
 
Tausiah kemerdekaan dan hijrah
Tausiah kemerdekaan dan hijrahTausiah kemerdekaan dan hijrah
Tausiah kemerdekaan dan hijrah
 
Malaysia negara rahmat dr mujahid
Malaysia negara rahmat dr mujahidMalaysia negara rahmat dr mujahid
Malaysia negara rahmat dr mujahid
 
Konsep islam sebagai rahmatan dlm masyarakat majmuk : Dr Ajmain Safar
Konsep islam sebagai rahmatan dlm masyarakat majmuk : Dr Ajmain SafarKonsep islam sebagai rahmatan dlm masyarakat majmuk : Dr Ajmain Safar
Konsep islam sebagai rahmatan dlm masyarakat majmuk : Dr Ajmain Safar
 
Maksud islam agama rahmat
Maksud islam agama rahmatMaksud islam agama rahmat
Maksud islam agama rahmat
 
Malaysia baharu satu perspektif (latest)
Malaysia baharu satu perspektif (latest)Malaysia baharu satu perspektif (latest)
Malaysia baharu satu perspektif (latest)
 
Malaysia baharu satu perspektif (latest)
Malaysia baharu satu perspektif (latest)Malaysia baharu satu perspektif (latest)
Malaysia baharu satu perspektif (latest)
 
Sambutan maulid rasul 1440
Sambutan maulid rasul 1440Sambutan maulid rasul 1440
Sambutan maulid rasul 1440
 
Trend takfiri bagaimana mengatasinya
Trend takfiri bagaimana mengatasinyaTrend takfiri bagaimana mengatasinya
Trend takfiri bagaimana mengatasinya
 
Kembali mendekati dan mendampingi allah
Kembali mendekati dan mendampingi allahKembali mendekati dan mendampingi allah
Kembali mendekati dan mendampingi allah
 
Ramadhan Adalah Madrasah Tarbawiyah
Ramadhan Adalah Madrasah TarbawiyahRamadhan Adalah Madrasah Tarbawiyah
Ramadhan Adalah Madrasah Tarbawiyah
 
Ngo & revolusi industri 4.0 v2
Ngo & revolusi industri 4.0 v2Ngo & revolusi industri 4.0 v2
Ngo & revolusi industri 4.0 v2
 
Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat
Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat
Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat
 
Manhaj Qaradhawi Dalam Mereformasi Rakyat Mesir
Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat MesirManhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir
Manhaj Qaradhawi Dalam Mereformasi Rakyat Mesir
 
Maqased syari'ah: Oleh Dr Hasan Yishu (baru)
Maqased syari'ah: Oleh  Dr Hasan Yishu  (baru)Maqased syari'ah: Oleh  Dr Hasan Yishu  (baru)
Maqased syari'ah: Oleh Dr Hasan Yishu (baru)
 
Kearah Merealisasi khaira ummah terkini
Kearah Merealisasi khaira ummah terkiniKearah Merealisasi khaira ummah terkini
Kearah Merealisasi khaira ummah terkini
 
Fiqh al ma'aal فقه الماّل
Fiqh al ma'aal             فقه الماّل Fiqh al ma'aal             فقه الماّل
Fiqh al ma'aal فقه الماّل
 
Erti kemerdekaan
Erti kemerdekaanErti kemerdekaan
Erti kemerdekaan
 

Kürzlich hochgeladen

Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
RIMA685626
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 

Harta dari perspektif islam

  • 1. Harta Dari Perspektif Islam Dipadankan dari kitab: مقاصد الشرعية المتعلقة بالمال Bhg.1 Ust Hj. Abdul Ghani Samsudin
  • 2. Allah Membekalkan Manusia Dengan Sifat Menyukai Harta: • Allah berfirman dalam Surah Ali Imran :14 : زُي نَ لِّلنَّاسَِّ حُ بَ الشَّ ه واتَِّ مِّ نَ الن ساء والْبَ نِّن نَ والْق ن اطِّنرَِّ الْمُق ن ط رةَِّ مَِّ نَ الذَّ هبَِّ • والْفِّضَّةَِّ والْ خنْلَِّ الْمُ سوَّ مةَِّ والأ نْع امَِّ والْ حَرْ ذَِِّ لِّ كَ مت اعَُ الْ حن اةَِّ الد نْن ا وَالله عِّند هَُ حُسْنَُ الْ مآبَِّ 14 أل عمران ] ]. • Manusia dibekalkan dengan naluri berahi kepada wanita di samping menyukai anak pinak, timbunan harta emas perak, kuda peliharaan yang bertanda/terlatih, binatang ternak dan sawah ladang. Tapi semua itu adalah mata benda dunia (yang fana) di sisi Allah terdapat ganjaran yang sangat lumayan
  • 3. Dalam Surah Al Fajr 20: • Allah berfirman : وتُحِّب و نَ الْ ما لَ حُب اَ ج ماَ • • Dan kamu pula sangat menyintai harta benda
  • 4. Harta benda Bukan Untuk Bermegah • Harta benda bukan ukuran keredhaan Allah kepada seseorang hambaNya. Sebaliknya harta mungkin membawa kecelakaan atau sebaliknya kebahgiaan: • Allah Berfirman: المالَُ والْب نُو نَ زِّين ةَُ الْ حن اةَِّ الد نْن ا والْب اقِّن اتَُ الصَّالِّ حاتَُ خنْ رَ عِّندَ رب كَ ث واباَ و خنْ رَ • .أ ملَ 46 الكهف ] ] Harta dan anak-pinak hanyalah perhiasan hidup di dunia, namun (balasan) amal soleh di sisi Tuhanmu di akhirat kelak merupakan balasan yang jauh lebih baik sebagai ganjaran dan harapan.
  • 5. Allah berfirman Dalam Surah Al Hadid 20: اعْل مُوا أ نَّ ما الْ حن اةَُ الد نْن ا ل عِّ بَ ول هْ وَ وزِّين ةَ وت ف اخَُ رَ ب نْن كُمَْ وت كاثُ رَ فِّي الْأ مْ والَِّ والْأَ وْ لَدَِّ ك مث لَِّ • غنْ ثَ أ عْ ج بَ الْكُفَّا رَ ن ب اتُهَُ ثُمََّ ي هِّنجَُ ف ت راهَُ مُصْفَ راَ ثُمََّ ي كُونَُ حُ طاماَ وفِّي الْْخِّ رةَِّ عذ ا بَ شدِّيدَ و مغْفِّ رةَ م نَ الله ورِّضْ وا نَ و ما الْ حن اةَُ الد نْن ا إِّلَََّ متَ اعَُ الْغُرُورَِّ • Sedarlah bahawa kehidupan di dunia ini sebok dengan budaya sukan dan keseronokan yang sia-sia. Budaya suka berhias, saling berbangga antara satu sama lain, saling berlumba-lumba mengumpul kekayaan dan meramaikan keturunan. Ia laksana hujan yang menghasilkan tanaman yang sangat mengkagumkan para petani. Kemudian tanaman itu kering dan dedaunnya menjadi kekuningan lalu gugur dan hancur. Ingatlah bahawa di Akhirat nanti sudah tersedia azab yang sungguh pedih, di samping keampunan dan keredaan Allah. Kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang serba memperdaya.
  • 6. Harta Benda Bukan Untuk Berbangga • Allah berfirman dalam Surah Muhammad 36: إِّنَّ ما ال حن اةَُ الد نْن ا ل عِّ بَ ول هْ وَ وإِّن تُؤْمِّنَُوا وت تَّقُوا يُؤْتِّكُمَْ أُجُو ركُمَْ ولَ ي سْأ لْكُمَْ • أ مْ وال كُم Ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini lumrahnya penuh dengan hiburan dan kelekaan semata-mata. Tapi jika kamu beriman dan bertakwa, Allah pasti memberikan ganjaran kerana amalan kamu. Dia pula bukan meminta harta benda kamu. َْْ
  • 7. Dalam Surah Al Munafiqun ayat 9: • Allah berfirman : ي ا أ ي ها الَّذِّي نَ آ منُوا لَ تُلْهِّكُمَْ أ مْ والُكَُمَْ ولَ أ وْلَدُكُمَْ عن ذِّكْرَِّ الله • و من ي فْع لَْ ذ لِّ كَ ف أوُْل ئِّ كَ هُمَُ الْ خاسَِّرُو نَ • Hai orang yang beriman jangan dibiarkan harta benda dan anak-anak kamu melalaikan kamu mengingati Allah. Sesiapa yang berbuat demikian merekalah sebenarnya orang yang rugi.
  • 8. Al Mu’minun Ayat 55-56 نُ سارِّعَُ ل هُمَْ فِّي .أ ي حْ سبُو نَ أ نَّ ما نُمِّد هُم بِّهَِّ مِّن مَّا لَ وَب نِّن نَ • الْ خنْ راتَِّ ب ل لَََّ ي شْعُرُو نَ • Adakah mereka menyangka bahawa apabila Kami memberikan kepada mereka harta benda dan anak-pinak , itu bermakna Kami menyegerakan keberuntungan yang cepat kepada mereka? Tidak, bahkan mereka tidak menyedari hakikat yang sebenarnya.
  • 9. Harta Benda Adalah Ujian • Allah berfirman Dalam Surah Saba’ 37: و ما أ مْ والُكُمَْ و لََ أ وْ لَدُكُم بِّالَّتِّي تُق ربُكَُمَْ عِّند ن ا زُلْف ى إِّلَََّ منَْ آ م نَ و عمِّ لَ • صالِّحاَ ف أوُْل ئِّ كَ ل هُمَْ ج زاء ال ضعْفَِّ بِّ ما عمِّلَُوا وهُمَْ فِّي الْغُرُف اتَِّ آمِّنُون • Bukannya harta benda dan anak-pinak kamu yang mendekatkan kamu kepada Allah. Kecuali orang-orang yang beriman dan berbuat baik; mereka akan meraih ganjaran; yang berlipat ganda kerana amalan yang mereka lakukan. Mereka akan ditempatkan di dalam bilik-bilik; mahligai syurga dengan aman sentosa. •َْ
  • 10. Dalam Surah al Taubah 24 • Allah berfirman: قُلَْ إِّن كا نَ آب اؤُكُمَْ وأ بْن آؤُكُمَْ وإِّخْ وانَُكُمَْ وأ زْ واجُكُمَْ و عشِّن رتَُكُمَْ • وأ مْ وا لَ اقْت رفْتُمُو ها وتِّ جا رةَ ت خْ شوَْ نَ ك ساد ها و م ساكِّنَُ ت رْ ضَوْن ها أ حبََّ إِّل نْكُم م نَ ا للَِّ و رسُولِّهَِّ وجِّ ها دَ فِّي سبِّنلِّهَِّ ف ت ربَّصُواَْ حتَّى ي أْتِّ يَ الله بِّأ مْرِّهَِّ والله لََ ي هْدِّي الْق وْ مَ الْف اسِّقِّن نَ • 24 التوبة ) ] • ).
  • 11. Maksudnya: • Katakanlah, wahai Muhammad: “Seandainya bapa, anak, adik-beradik, isteri atau suami dan kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takut akan merosot, rumah-rumah penginapan yang kamu sukai, jika semua itu lebih kamu cintai daripada Allah dan rasul-Nya serta berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah menampilkan balasan-Nya kepada kamu. Ini kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada manusia yang fasiq (mengabaikan perintah-Nya.)
  • 12. Harta Menurut Beberapa Perspektif Lain • Harta dalam Islam mempunyai kedudukan yang penting dalam kehidupan individu dan kumpulan. Harta amat mempengaruhi kehidupan di dunia dan di akhirat. Ini sangat ketara kalau kita menjalankan kajian perbandingan antara ajaran agama Islam dan Kristian. Dalam agama Kristian misalnya pernah terdapat riwayat dalam kitab injil yang menjadi pegangan mereka bahawa Jesus pernah berkata : • “Alangkah sukarnya memasuki kerajaan Allah bagi mereka yang berharta, masuknya unta ke lubang jarum adalah lebih mudah berbanding orang kaya masuk ke dalam kerajaan Allah”. 18 لوقا )إنجيل :انظر - • /24- 19 متى )، و( 25 : 23-24).
  • 13. Perspektif Islam Amat Berbeda • “Apabila datang seorang lelaki menyatakan keinginannya untuk menjadi pengikut Jesus dan berjalan bersamanya beliau lantas memerintahkan, pergilah jual harta bendamu, kemudian datanglah menjadi pengikutku”. • Pandangan Islam amat berbeda. Islam menganggap harta sebagai wahana penting untuk merealisasi kepentingan syara’, baik yang bersifat keduniaan mahupun yang bersifat akhirat, baik yang bersifat individu mahupun yang bersifat kumpulan. Manusia tidak mungkin dapat melindungi survival dan kehidupan fizikalnya kecuali dengan harta. Dengan harta dia dapat menyambung kehidupan, makanan, minuman, membeli pakaian, membina kediamannya, mencipta sesuatu yang boleh mempertahankan diri dan kehormatannya. Dengan harta manusia dapat membina kehidupan dan meningkatkan kemajuan. 19/21 )إنجيل متى :انظر - • ).
  • 14. Harta Memungkinkan Orang Bersedekah • Dengan harta seseorang itu dapat mengeluarkan zakat, bersedekah, membebaskan hamba sahaya dan menyumbang dalam kerja-kerja kebajikan. Allah S.W.T berfirman ( Al- Balad ayat 11- 18): • فَلا اقْتَحَمََ الْعَقَبَةََ *وَمَا أَدْرَاكََ مَا الْعَقَبَةَ *فَ كَ رَقَبَ ةَ *أَوَْ إِطْعَا مَ فَِي يَوْ مَ ذِي مَسْغَبَ ةَ *يَتِيماَ ذَا مَقْرَبَ ةَ *أَوَْ مِسْكِيناَ ذَا مَتْرََبَ ةَ *ث مَ كَانََ مِنََ ال ذِينََ آمَن وا وَتَوَاصَوْا بِال صبْرَِ وَتَوَاصَوْا بِالْمَرْحَمَةَِ
  • 15. Maksudnya • “Dalam pada itu mengapa manusia tidak memilih untuk merempuh dan mengatasi kesukaran akhirat. Apakah engkau mengetahui amal yang boleh merempuh kesukaran akhirat itu? (iaitu amal-amal Yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan). Antaranya ialah: memerdekakan hamba abdi; atau memberi makan pada hari kelaparan; kepada anak yatim dari kaum kerabat, atau kepada orang miskin yang terlantar di persada bumi . Selain dari itu, antara amalan lain yang boleh dilakukan oleh orang-orang yang beriman ialah berpesan satu sama lain agar bersabar serta saling berpesan agar hidup berkasih sayang. Nah mereka itulah orang-orang yang kanan dan beruntung.”
  • 16. Harta Sebagai “Qiaman” • Kerana itulah Al-Quran menganggap harta sebagai “Qiaman” atau “Qiwaman” iaitu sendi atau tonggak kehidupan orang ramai. Harta zaman sekarang disebut sebagai “Nadi Kehidupan” Allah berfirman: (surah Al- Nisa’ayat 5) : وَلا ت ؤْت وا ال سفَهَاءََ أَمْوَالَك مَ ال تِي جَعَلََ ا للَّ لََك مَْ قِيَاماَ • • Ertinya: Janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (Mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu;
  • 17. Nabipun Ramai Yang Berharta • Al-Quran banyak menyebut tentang Nabi-Nabi yang diberikan kekayaan hartabenda seperti para nabi yang Allah anugerahkan dengan singgahsana kerajaan. Umpamanya Nabi Allah Yusuf A.S. Beliau dapat menguasai negeri Mesir, dapat berkelana di situ di daerah pedalaman dengan bersahaja tanpa halangan. Nabi Daud a.s dikurniakan kerajaan dan kebijaksanaan. Nabi Sulaiman a.s diberikan kekayaan yang tidak akan ada sesiapa dapat memiliki kekayaan seperti kekayaannya
  • 18. Harta Tidak Mutlak Bawa Musibah • Al-Quran menjelaskan bahawa harta itu sendiri bukan suatu musibah dan pembawa keburukan kepada manusia sepertimana yang dianggap oleh sesetengah pengikut agama sesat. Meraka berpegang kepada prinsip menyeksa, menyusahkan diri dan mengharamkan diri mereka menikmati sesuatu nikmat kebaikan tuhan. Mereka cenderung menyiksa tubuh badan mereka untuk mencapai ketinggian derjat yang maksima seperti para pengikut Brahma di India, Budha di Parsi, Rumaqien di Greek dan golongan “Ruhnarun” Kristien.
  • 19. Harta Di Anggap “Khairan” • Sebaliknya kita dapati Al-Quran memanggil atau menamakan harta sebagai “Khairan” dalam beberapa ayat seumpama firman Allah s.w.t mengenai insan atau watak manusia. (Al-‘Aadiyat:8) : وَإِن هَ لِ ح بَِ الْخَيْرَِ لَشَدِيدَ • • Ertinya: . Bahawa sesungguhnya manusia sangat sayangkan “al-Khair” harta (yakni sangat tamak haloba).
  • 20. Firman Allah : (Al-Baqarah:215) يَسْألَ ونَكََ مَاذَا ي نفِق ونََ ق لَْ مَا أَنفَقْت م منَْ خََيْ رَ فَلِلْوَالِدَيْنَِ وَالأَقْرَبِينََ وَالْيَتَامَى • وَالْمَسَاكِينَِ وَابْنَِ ال سبِيلَِ وَمَا تَفْعَل واَْ مِنَْ خََيْ رَ فَإِ نَ ا للََّ بِهَِ عَلِي مَ • Ertinya: “ mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. (Ingatlah), apa jua jenis-jenis kebaikan yang kamu lakukan, maka Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
  • 21. Mewasiatkan Harta • Firman Allah (Al-Baqarah:180) . ك تِبََ عَلَيْك مَْ إِذَا حَضَرََ أَحَدَك مَ الْمَوْ تَ إِن تََرَكََ خَيْ را الْوَصِي ةَ لِلْوَالَِدَيْنَِ • وَالأَقْرَبِينََ بِالْمَعْ روفَِ حَقًّا عَلَى الْ مت قِينََ • Ertinya: “Apabila seseorang dari kamu hampir mati,maka diwajibkan - jika ia ada meninggalkan harta, - membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat; dengan cara yang baik (menurut peraturan agama). Sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.
  • 22. Maksud perkataan “Khair” • Maksud perkataan “Khair” dalam ayat-ayat di atas ialah harta. Malah Al-Quran juga menganggap dalam banyak ayatnya bahawa harta , kemudahan hidup dan kelapangan rezeki sebagai imbuhan kebaikan yang Allah segerakan untuk para hamba Allah yang soleh di dunia ini. Allah berfirman dalam surah (Nuh ayat 10–12) : • فَق لْ تَ اسْتَغْفِ روا رَب ك مَْ إِن هَ كَانََ غَف اراَ *ي رْسِلَِ ال سمَاءََ عَلَيْك مَْ مِدْرَاراَ *وَي مْدِدْك مَْ بِأمَْوَا لَ وَبَنِينََ وَيَجْعَلَْ لَك مَْ جَن ا تَ وَيَجْعَلَْ لَك مَْ أَنْهَاراَ • Ertinya: "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Mohonlah keampunan Tuhan kamu, Sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; "Dan ia akan memberi kepada kamu harta yang banyak, kekayaan serta anak-pinak. Malah Allah akan menganugerahkan kepada kamu kebun-kebun tanaman, di samping Ia mengalirkan untuk kamu sungai-sungai di dalamnya.
  • 23. Kebaikan Mengundang Rezki • Allah berfirman (Al-Imran ayat 148): فَآتَاه مَ ا للَّ ثَوَابََ الد نْيَا وَ حسْنََ ثَوَابَِ الْْخِرَةَِ وََا للَّ ي حِ بَ الْ محْسِنِينََ • • Ertinya: “Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama Yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat syurga yang tidak ada bandingannya). (Ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan. • Allah berfirman: (Al A’raf ayat 96) : وَلَوَْ أَ نَ أَهْلََ الْق رَى آمَن وا وَات قَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيَْهِمَْ بَرَكَا تَ مِنََ ال سمَاءَِ وَالْأَرْضَِ • • Ertinya: Sekiranya penduduk di sesuatu komuniti itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan menghidangkan kepada mereka berbagai rezki dari langit dan bumi yang melimpah-ruah.
  • 24. Firman Allah s.w.t: (Al-Talaq: 2,3). • وَمَنَْ يَت قَِ ا للََّ يَجْعَلَْ لَهَ مَخْرَجاَ *وَيَرْ زقْهَ مِنَْ حَيْ ثَ لا يَحْتَسِ بَ • Ertinya: Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah tunjukkan kepadanya jalan keluar (dari segala kesusahan),Bahkan Allah akan memberikan rezki kepadanya dari sumber yang tidak disangka-sangka olehnya. • Firman Allah s.w.t: (Al Maidah ayat 66). وَلَوَْ أَن همَْ أَقَا موا الت وْرَاةََ وَالْأِنْجِيلََ وَمَا أ نْزِلََ إِلَيَْهِمَْ مِنَْ رَب هِمَْ لَأَكَل وا مِنَْ فَوْقِهِمَْ وَمِنَْ تَحْتَِ • أَرْ جلِهِمَْ • Ertinya: Seandainya mereka bersungguh-sungguh menegakkan hukum-hakam Taurat dan Injil serta apa yang diturunkan kepada mereka oleh Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan mewah dengan makanan ; samada dari atas (langit) mahupun dari bawah kaki mereka (bumi).
  • 25. Firman Allah (Adh-Dhuhaa ayat 8): وَوَجَدَكََ عَائِلاَ فَأغَْنَى • • Ketika didapatinya engkau miskin, Ia lantas menjadikan dirimu serba cukup • Firman Allah (Al-Anfal ayat 26): وَرَزَقَك مَْ مِنََ ال طيِ بَاتَِ لَعَل ك مَْ تَشَْك رونََ • • Allah mengurniakan kepada kamu anika rezeki yang baik-baik, supaya kamu bersyukur.
  • 26. Rasulullah bersabda kepada ‘Amru Ibn Al-As: يَا عَمْ رو ، نِعْمََ الْمَا لَ ال صالِ حَ لِلْمَرْءَِ ال صالِحَِ • • “Wahai ‘Amru, sungguh bertuah harta yang soleh di tangan seorang yang soleh”. • Antara doa yang diwariskan oleh Baginda s.a.w ialah doa: الل ه مَ إِنِ ي أَسْألَ كََ الْ هدَى ، وَالت قَى ، وَالْعَفَافََ ، وَالْغِنَى • • “Ya Allah hambamu ini memohon hidayah, sifat ketaqwaan, sifat luhur dan hidup berharta”. • Saad Ibn Abi Waqqas meriwayatkan bahawa Baginda s.a.w s.a.w bersabda: إِن الله ي حِ بَ ألعَبْد اَََلتقِي ، اَلغَنِي ، اَلْخَفِي • • “Bahawa Allah sukakan hambanya yang bertaqwa, serta serba berada dan tidak menunjuk-nunjuk akan kekayaannya”. إسناده صحيح على شرط مسلم، وابن حبان في الزكاة :وقال مخ رجوه ( 17096 )رواه أحمد في المسند - • ( ، عن عمرو بن العاص( 3210 ، وابن ( 3489 )، والترمذي في الدعوات ( 3692 )، وأحمد في المسند ( 2721 )رواه مسلم في الذكر والدعاء - • .، عن عبد الله بن مسعود( 3832 )ماجه في الدعاء .، عن سعد بن أبي وقاص( 2965 )رواه مسلم في الزهد والرقائق - •
  • 27. Kekayaan Juga Suatu Kelebihan • Dalam sebuah hadith masyhur tentang wasiat iaitu apabila Saad Ibn Abi Waqqas hendak mewasiatkan semua atau sebahagian atau sepertiga untuk tujuan kebajikan, Baginda s.a.w bersabda: “sepertiga pun sudah banyak”. Baginda s.a.w juga pernah berdoa untuk khadam baginda, Anas bin Malik: “Semoga Allah memperbanyakkan hartanya”. Baginda s.a.w pernah juga bersabda “Tiada harta orang lain yang lebih memberi manfaat kepadaku berbanding harta Abu Bakar”. Ahli ilmu di dalam Islam memutuskan bahawa kelebihan itu pada orang kaya yang bersyukur berbanding orang fakir yang bersabar sebagaimana yang ditunjukkan di dalam hadith Nabi s.a.w: ذَهَبََ أَهْ لَ الد ث ورَِ بِالأ جورَِ • • “Nampaknya orang-orang yang berharta telah membawa balik (merangkul) berbagai macam ganjaran”. 2864 )، وأبو داود ( 1479 )، كما رواه أحمد في المسند ( 1628 )، ومسلم في الوصية ( 56 )رواه البخاري في الإيمان :متفق عليه - • ) ، .، أربعتهم في الوصايا، عن سعد بن أبي وقاص( 2708 )، وابن ماجه ( 3626 )، والنسائي ( 2116 )والترمذي متفق ."اللهم أكثر ماله وولده، وبارك له فيما أعطيته" :قال .يا رسول الله، خادمك أنس ادع الله له :قالت أمي :عن أنس رضي الله عنه قال - • .عن أنس .( 13013 )، كما رواه أحمد في المسند ( 2481 )، ومسلم في الفضائل ( 6380 )رواه البخاري في الدعوات :عليه حديث حسن :، وقال( 3661 )إسناده صحيح على شرط الشيخين، والترمذي في المناقب :، وقال مخ رجوه( 7446 )رواه أحمد في المسند - • 2894 )، وصححه الألباني في صحيح الترمذي ( 94 )غريب من هذا الوجه،، وابن ماجه في المقدمة ). • ، وأبو ( 7243 )، كما رواه أحمد في المسند ( 595 )، ومسلم في المساجد ومواضع الصلاة ( 843 )رواه البخاري في الأذان :متفق عليه - • .، كلاهما في الصلاة، عن أبي هريرة( 927 )، وابن ماجه ( 1504 )داود
  • 28. Pemberi Lebih Martabat Berbanding Penerima • Demikian juga keutamaan tangan yang terletak di atas, iaitu tangan yang menghulurkan atau memberi berbanding tangan yang di bawah. Iaitu tangan yang mengambil pemberian. Ini tersebut di dalam sebuah hadith yang sahih, Rasulullah s.a.w bersabda: اليَدَ الع لْيَا خَيْ رَ مِنََ اليَدَِ ال سفْلَى وابدأ بمن تعول • • “Tangan yang di atas itu lebih baik berbanding tangan yang dibawah, mulakanlah dengan memberi orang yang anda tanggung”. - ، ومسلم ( 1429 )رواه البخاري :متفق عليه ( ، وأبو داود ( 7155 )، كلاهما في الزكاة، كما رواه أحمد في المسند ( 1033 ( .، كلاهما في الزكاة، عن أبي هريرة( 2533 )، والنسائي ( 1648
  • 29. 2- Wajib Menjaga dan Melindungi Harta • Oleh kerana pentingnya harta menurut pandangan Islam maka Al-Quran dan sunnah menampilkan pesanan dan arahan agar harta dilindungi dan dijaga. Begitu juga terdapat pesanan agar jangan mensia-siakan harta, larangan membazirkan wang dan melampau– lampau berbelanja.Disamping itu terdapat pula selaran Allah terhadap hamba-Nya yang menyimpan dan membekukan harta ketika musim memajak dan membela binatang ternak.
  • 30. Seterusnya sekatan berbelanja kepada golongan yang tidak sempurna akal • Seperti dalam firman Allah s.w.t (surah Al Nisa’ ayat 5) : وَلا ت ؤْت وا ال سفَهَاءََ أَمْوَالَك مَ • • Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, • Larangan ini adalah untuk kepentingan masyarakat. Begitu juga larangan kepada kanak-kanak dan mereka yang tidak siuman menguruskan harta mereka. Ini adalah untuk menjaga kepentingan orang yang dilarang itu sendiri.
  • 31. Pentingnya Harta Ditegaskan Oleh Ayat 282 Surah Al Baqarah يَا أَي هَا ال ذِينََ آمَن واَْ إِذَا تَدَايَنت م بِدَيْ نَ إِلَى أَجَ لَ مسَمًّى فَاكْت ب وهَ وَلْيَكْت ب ب يْنَك مَْ كَاتِ بَ • بِالْعَدْلَِ وَلاََ يَأْبََ كَاتِ بَ أَنَْ يَكْت بََ كَمَا عَل مََهَ ا للَّ فَلْيَكْت بَْ وَلْي مْلِلَِ ال ذَِي عَلَيْهَِ الْحَ قَ وَلْيَت قَِ ا للََّ رَب هَ وَلاََ يَبْخَسَْ مِنْهَ شَيْئ ا فََإِن كَانََ ال ذِي عَلَيْهَِ الْحَ قَ سَفِي هَا أَوَْ ضَعِيف ا أَوَْ لاََ يَسْتَطِي عَ أَن ي مِ لَ ه وََ فَلْي مْلِلَْ وَلِي هَ بِالْعَدْلَِ وَاسْتَشْهِد واَْ شَهِيدَيْنَِ مَِن رجَالِك مَْ فَإِن ل مَْ يَك ونَا رَ جلَيْنَِ فَرَ ج لَ وَامْرَأَتَانَِ مِ مَن تَرْضَوْنََ مِنََ ال شهَدَاء أَن تَضِ لَ إِحْدَاه مَا فَت ذَ كرََ إِحْدَاه مَا الأ خْرَى وَلاََ يَأْبََ ال شَهَدَاء إِذَا مَا د ع واَْ وَلاََ تَسْأ موْا أََن تَكْت ب وهَ صَغِي را أَو كَبِي را إِلَى أَجَلِهَِ ذَلِك مَْ أََقْسَط عَِندََ ا للَِّ وَأَقْوَ مَ لِل شهَادَةَِ وَأَدْنَى أَلاَ تَرْتَاب واَْ إِلاَ أَن تَك ونََ تِجَارَةَ حَاضِرَةَ ت دِي رونَهَا بَيْنَك مَْ فَلَيْسََ عَلَيْك مَْ جَنَا حَ أَلاَ تَكْت ب وهَا وَأَشْهِد واَْ إِذَا تَبَايَعْت مَْ وَلاََ ي ضَا رَ كَاتِ بَ وَلاََ شَهِيدَ وَإِن تَفْعَل واَْ فََإِن هَ ف س و قَ بِك مَْ وَات ق واَْ ا للََّ وَي عَلِ مك مَ ا للَّ وَا للَّ بَِك لَ شَيْ ءَ عَلِي مَ
  • 32. Maksudnya • Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi catatan itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi,
  • 33. Sambungan Maksud Ayat • supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membenarkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu lakukan transaksinya sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Di samping itu adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli, serta janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Sebaliknya jikalau kamu melakukan (Apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa mengetahui segala sesuatu.
  • 34. III.Larangan Agar tidak Terfitnah Dengan Harta dan tidak melampaui batas disebabkan harta. • Meskipun kedudukan harta penting dalam Islam namun kita dapati Islam mengingatkan agar menusia tidak terpesona dengan kemilaunya dan tidak takabbur dan bongkak kerananya. Allah berfirman (Surah Al Taghaabun ayat 15). إِن مَا أَمْوَال ك مَْ وَأَوْلاد ك مَْ فِتْنَةَ • • Anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah sebenarnya terdapat pahala yang besar.”
  • 35. Kekayaan Boleh Menjebak Manusia • Firman Allah (Surah Al Alaq: 6–7) : • كَ لاَ إِ نَ الْأِنْسَانََ لَيَطْغَى *أَنَْ رَآهَ اسْتَغْنَى • Ertinya: “Ingatlah! Sesungguhnya manusia mudah melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), • Apabila ia melihat dirinya sudah serba berada dan cukup kaya.
  • 36. Manusia Bongkak Dengan Harta • Al-Quran menghubungkaitkan sifat egoistik dan melampau seseorang itu dengan pandangan bongkak manusia dan kerana dia tidak memerlukan tuhan lagi. Allah berfirman (Al-Munafiqun:6): يَا أَي هَا ال ذِينََ آمَن وا لا ت لْهِك مَْ أَمْوَال ك مَْ وَلا أَوَْلاد ك مَْ عَن ذِكْرَِ ا للَِّ وَمَن يَفْعَلَْ ذَلِكََ • فَأ ولَئِكََ ه مَ الْخَاسِ رونََ • • Ertinya: “hai orang –orang yang beriman jangan lah kamu dilalaikan oleh harta dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah. Sesiapa yang berkelakuan demikian, itulah golongan yang rugi”.
  • 37. Bencana bukan kerana wujudnya harta dan anak–anak tetapi ialah kerana sikap leka dan cuai orang berkenaan terhadap zikrullah. • Dalam masa yang sama Allah memuji para pengunjung masjid . Allah berfirman: (surah Al-Nuur ayat 36-37 ) : فِي ب ي و تَ أَذِنََ ا للَّ أَن ت رْفَعََ وَي ذْكَرََ فِيهَا اسْ مهَ ي سَبِ حَ لََهَ فِيهَا بِالْغ د وَِ وَالْصَالَِ • رِجَا لَ لاَ ت لْهِيهِمَْ تِجَارَةَ وَلا بَيْ عَ عَن ذِكْرَِ ا للَِّ وَإِقَامَِ ال صلاةَِ وَإِيتَاء ال زكَاةَِ يَخَاف ونََ يَوْ ما تَتَقَل بَ فِيهَِ • الْق ل و بَ وَالأَبْصَا رَ • • Ertinya: “(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar Dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah Ibadat Yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan Ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat. Mereka takut hari (kiamat) ; hari di mana hati dan pandangan manusia berbolak-balik.
  • 38. Mereka Golongan Pedagang Yang Soleh • Mereka bukan golongan Darwish dan bukan juga penganggur tapi adalah golongan bisness dan peniaga yang kesibukan mereka tidak menghalang mereka daripada mengingati Allah dan melunaskan tanggungajawabnya. • Sebab itu tidak hairan lah kalau kita melihat Al-Quran menyelar golongan hartawan yang bongkak dan berlagak seperti Qarun. Allah berfirman (surah Al- Qasas ayat 76 ) : إِ نَ قَا رونََ كَانََ مِنَْ قَوْمَِ موسَى فَبَغَى عَلَيْهِمَْ وَآتَيْنَاهَ مِنََ الْك ن وزَِ مَا إَِ نَ مَفَاتِحَهَ لَتَن و ءَ بِالْع صْبَةَِ أ ولِي الْق وةَِ إِذَْ قَالََ لَهَ قَوْ مهَ • ...لا تَفْرَحَْ إِ نَ ا للََّ لا ي حِ بَ الْفَرِحِينََ • Ertinya: (76). Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum Nabi Musa, kemudian ia bersikap sombong dan zalim terhadap mereka. Sebenarnya Kami telah mengurniakan kepadanya berbagai jenis kekayaan; sehinggakan anak-anak kunci karong hartanya menjadi beban yang sangat berat untuk dipikul oleh orang yang kuat sasa. (ia berlagak sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). • Akhirnya dia bernasib malang kerana Allah membenamkan Qarun, rumah dan hartanya di perut bumi.
  • 39. Perangai Golongan Mewah • Demikian halnya dengan kisah pemilik dua ladang besar yang tersebut dalam surah Al Kahfi iaitu kaum Aad dan Thamud. Allah berfirman tentang kaum Aad “ Adakah kamu asyik membina di setiap dataran tinggi premis mewah untuk kamu berpoya-poya. Kamu bina berbagai perusahaan untuk kamu kekal tinggal di dunia ini . “ • Firman Allah s.w.t (Surah Al Syu’ara ayat 128,129, 132-134) • أَتَبْن ونََ بِك لَ رِيعَ آيَةَ تَعْبَث ونََ *وَتَت خِذ ونََ مَصَانِعََ لَعَل ك مَْ تَخَْل د ونََ • Ertinya: (128). "Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.(129). "Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh; dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?”
  • 40. Pesanan Allah Kepada Kaum Ningrat • • وَات ق وا ال ذِي أَمَد ك مَْ بِمَا تَعْلَ مونََ *أَمَد ك مَْ بِأنَْعَا مَ وَبَنَِينََ *وَجَن ا تَ وَع ي و نَ • Ertinya: (132). “Bertakwa dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya.(133). "Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai),(134). “Malah taman-taman (yang indah permai) serta sumber-sumber matair (yang mengalir).
  • 41. Kenikmatan Dunia Ini Sementara • Firman Allah s.w.t berkaitan Kaum Thamud (As- Syuaraa’: 146-148) • أَت تْرَك ونََ فِي مَا هَاه نَا آمِنِينََ *فِي جَن ا تَ وَع ي و نَ *وَ ز روعَ وَنَخْ لَ طَلَْع هَا هَضِي مَ • Ertinya: (146). "Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan berterusan bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? –(147). "Di dalam taman-taman (yang indah permai), dan pancuran mata air (yang mengalir), (148). “Di samping kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?
  • 42. Firman Allah s.w.t (Surah Al-Humazah ayat 1–8): • وَيْ لَ لِك لَ ه مَزَةَ ل مَزَةَ *ال ذِي جَمَعََ مَالاَ وَعَد دَهَ *يَحْسَ بَ أَ نَ مَالَهَ أَخْلَدََهَ *كَ لاَ لَي نْبَذَ نَ فَِي الْ حطَمَةَِ *وَمَا أَدْرَاكََ مَا الْ حطَمَةَ *نَا رَ ا للَِّ الْ موقَدَةَ *ال تِي تَ طلِ عَ عَلَى الْأََفْئِدَةَِ *إِن هَا عَلَيْهِمَْ مؤْصَدَةَ *فِي عَمَ دَ ممَد دَةَ • Ertinya: (1). Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,(2). Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; (3). ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!(4). Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al- Hutamah".(5). Apakah engkau tahu , apa Dia "Al-Hutamah" itu? (6). (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -(7). Yang naik menjulang membakar hati-hati manusia; (8). Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat melibas mereka.Sedangkan mereka membujur terikat ditiang-tiang neraka.
  • 43. Firman Allah s.w.t: (Surah Al-Masad ayat 1–5): • تَب تَْ يَدَا أَبِي لَهَ بَ وَتَ بَ *مَا أَغْنَى عَنْهَ مَال هَ وَمَا كَسََبََ *سَيَصْلَى نَاراَ ذَاتََ لَهَ بَ *وَامْرَأَت هَ حَ مالَةََ الْحَطَبَِ *فِي جِيدِهَا حَبْ لَ مَِنَْ مَسَ دَ • Ertinya: (1) Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama (2) Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. (3) Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang (4) Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. (5) Dilehernya sejenis tali dari tali-tali yang dipintal.
  • 44. Firman Allah s.w.t (Surah Al-Qalam ayat 14): أَنَْ كَانََ ذَا مَا لَ وَبَنِينََ • • Ertinya: (14). Mentang-mentanglah dia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan agama Kami)? – • Pengertian ini semua terdapat dalam ayat Quran yang diturunkan di Mekah yang merumuskan asas–asas prinsip dan dasar-dasar Islam dalam menyebarkan risalah kemanusiaannya.