SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 2
BARANGAN TEMPATAN

Zaman beralih musim bertukar, kini Malaysia berdiri gah sebaris dengan negara-negara maju selepas
tamat penjajahan asing selama 446 tahun. Dasawarsa ini, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu
ambang yang rancak sekali dan telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan mula
membuka kawasan perindustrian dalam pelbagai lapangan bagi merancakkan ekonomi negara yang
pesat membangun. Situasi ini juga memungkinkan pengeluaran barang buatan Malaysia lebih
berkualiti dan setaraf dengan barangan import. Bagi menggapai visi kudsi Wawasan 2020 seperti
yang diwara-warakan oleh bekas perdana menteri yang keempat, wajarlah sektor perindustrrian
disokong sepenuhnya untuk dinaik taraf bagi memenuhi kehendak pasaran. Oleh itu, kepentingan
dalam membeli barangan buatan Malaysia perlu diuar-uarkan dan dipergiat bagi membuka mata
rakyat tempatan agar mereka tidak menganaktirikan produk sendiri.

Kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia yang paling dominan ialah dapat
mengelakkan pengaliran mata wang negara kita ke luar negara. Mata wang Malaysia tidak akan
mengalir keluar jika rakyat Malaysia sendiri mengutamakan dan membeli barangan tempatan dalam
memenuhi keperluan harian mereka. Dana utama negara juga akan meningkat sekali gus akan dapat
membendung masalah inflasi. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengubah tanggapan negatif
yang beranggapan bahawa barangan import lebih baik daripada barangan tempatan. Jelaslah
bahawa apabila semua rakyat tempatan memilih dan membeli produk tempatan, kita sebenarnya
telah berjaya mengawal mata wang kita daripada mengalir ke luar negara.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan
pembelian seseorang. Umum mengetahui bahawa membeli barangan import jauh lebih mahal
berbanding membeli barangan tempatan. Ramai yang memberikan persepsi biar papa asal bergaya
dan alah membeli menang memakai. Pengguna yang mementingkan jenama sanggup berhabis wang
untuk membeli barangan import berjenama dengan memandang sebelah mata sahaja bagi barangan
tempatan yang sama. Bagi mereka, harga yang mahal itu setanding dengan kualiti sesuatu produk.
Sesungguhnya, barangan tempatan lebih murah malah kualitinya juga setanding dengan barangan
import. Sebagai contoh, kereta-kereta nasional yang berkualiti seperti Myvi, Viva kini Inspira.
Tuntasnya, pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan perbelanjaan rakyat Malaysia.

Pembelian barangan buatan Malaysia juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri di
atas kaki sendiri. Hal ini adalah kerana Malaysia telah berjaya menghasilkan enjin kenderaan
berkuasa tinggi untuk perlumbaan Formula Satu (F1). Fenomena ini jelas menggambarkan bahawa
Malaysia mampu mengeluarkan produk bertaraf dunia sejajar dengan wawasan negara. Kalau bukan
rakyat Malaysia yang menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia, siapa lagi yang boleh kita
harapkan? Tepuk dada, tanya selera. Dalam hal ini, bagi menunjukkan semangat patriotik rakyat
Malaysia haruslah menjayakan kempen Belilah Barangan Malaysia dalam merealisasikan aspirasi
negara menjelang 2020 nanti.

Berbangga dengan barangan Malaysia sebenarnya dapat membantu anak bangsa kita sendiri. Cuba
kita bayangkan jika rakyat Malaysia mengagung-agungkan produk asing? Apakah yang akan terjadi
kepada pengusaha tempatan? Sudahlah kita tidak membantu anak bangsa sendiri malah kita
mencurahkan pasir ke periuk nasi mereka. Oleh itu, insaflah anak watan yang begitu memandang
tinggi terhadap barangan import sehingga memperlekehkan barangan tempatan. Sedarlah bahawa
barangan tempatan pun sama hebatnya dengan barangan import. Jadi, belilah barangan tempatan
kerana secara implisitnya dapat membantu anak bangsa sendiri.

Sebagai intihanya, mengutamakan barangan tempatan banyak mendatangkan kepentingan kepada
rakyat tempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri dan bermaruah, mereka
hendaklah mengikis sikap ego agar negara kita tidak runtuh. Rakyat Malaysia perlulah menyokong
kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia demi kebaikan rakyat dan negara. Marilah kita bersama-
sama berganding bahu, menggemblengkan usaha dalam menjayakan kempen ini kerana Bersatu
teguh, Bercerai Roboh. Tanpa komitmen dan sokongan daripada rakyat Malaysia, sudah tentu sukar
untuk mengangkat martabat produk tempatan apatah lagi untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Perumpamaan Bahasa Melayu
Perumpamaan Bahasa MelayuPerumpamaan Bahasa Melayu
Perumpamaan Bahasa MelayuAjak Kur
 
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaKamarularnizam
 
MALAYSIA BERMINAT UNTUK MENDALAMI BIDANG INOVASI HINGGA KE PERINGKAT ANTARABA...
MALAYSIA BERMINAT UNTUK MENDALAMI BIDANG INOVASI HINGGA KE PERINGKAT ANTARABA...MALAYSIA BERMINAT UNTUK MENDALAMI BIDANG INOVASI HINGGA KE PERINGKAT ANTARABA...
MALAYSIA BERMINAT UNTUK MENDALAMI BIDANG INOVASI HINGGA KE PERINGKAT ANTARABA...Shu Zyanna Besanti
 
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian amdasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian amUpper6
 
Flora dan Fauna
Flora dan FaunaFlora dan Fauna
Flora dan FaunaMESHALINEE
 
Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)JANGAN TENGOK
 
pengajian am stpm jenis2 mahkamah
pengajian am stpm jenis2 mahkamahpengajian am stpm jenis2 mahkamah
pengajian am stpm jenis2 mahkamahShazza Hidayah
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1Norazul89
 
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)Mcc Goh
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraung sii mee
 
Sistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialSistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialRema Reca
 
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agrariaKonsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agrariaJimmy Mogolid
 
MASYARAKAT AGRARIA
 MASYARAKAT AGRARIA MASYARAKAT AGRARIA
MASYARAKAT AGRARIAsuziana15
 
Sejarah STPM Masyarakat Agraria di China
Sejarah  STPM Masyarakat Agraria di ChinaSejarah  STPM Masyarakat Agraria di China
Sejarah STPM Masyarakat Agraria di ChinaKhai Khairy
 
Konflik perebutan pulau batu putih
Konflik perebutan pulau batu putihKonflik perebutan pulau batu putih
Konflik perebutan pulau batu putihTaufik Salleh
 
Was ist angesagt? (20)

Perumpamaan Bahasa Melayu
Perumpamaan Bahasa MelayuPerumpamaan Bahasa Melayu
Perumpamaan Bahasa Melayu
 
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
 
MALAYSIA BERMINAT UNTUK MENDALAMI BIDANG INOVASI HINGGA KE PERINGKAT ANTARABA...
MALAYSIA BERMINAT UNTUK MENDALAMI BIDANG INOVASI HINGGA KE PERINGKAT ANTARABA...MALAYSIA BERMINAT UNTUK MENDALAMI BIDANG INOVASI HINGGA KE PERINGKAT ANTARABA...
MALAYSIA BERMINAT UNTUK MENDALAMI BIDANG INOVASI HINGGA KE PERINGKAT ANTARABA...
 
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian amdasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
 
Flora dan Fauna
Flora dan FaunaFlora dan Fauna
Flora dan Fauna
 
Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)
 
pengajian am stpm jenis2 mahkamah
pengajian am stpm jenis2 mahkamahpengajian am stpm jenis2 mahkamah
pengajian am stpm jenis2 mahkamah
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
 
Barangan buatan malaysia
Barangan buatan malaysiaBarangan buatan malaysia
Barangan buatan malaysia
 
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
 
Sistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialSistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersial
 
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agrariaKonsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
 
MASYARAKAT AGRARIA
 MASYARAKAT AGRARIA MASYARAKAT AGRARIA
MASYARAKAT AGRARIA
 
Sejarah STPM Masyarakat Agraria di China
Sejarah  STPM Masyarakat Agraria di ChinaSejarah  STPM Masyarakat Agraria di China
Sejarah STPM Masyarakat Agraria di China
 
Definisi lukisan
Definisi lukisanDefinisi lukisan
Definisi lukisan
 
Konflik perebutan pulau batu putih
Konflik perebutan pulau batu putihKonflik perebutan pulau batu putih
Konflik perebutan pulau batu putih
 
Kontra
KontraKontra
Kontra
 
Komunikasi bertulis
Komunikasi bertulisKomunikasi bertulis
Komunikasi bertulis
 
Retorik
RetorikRetorik
Retorik
 
Ähnlich wie BARANGAN TEMPATAN PENTING

Periksaan percubaan spm 2011 negeri johor
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johorPeriksaan percubaan spm 2011 negeri johor
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johorNormarjana Ibrahim
 
Pengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam Negeri
Pengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam NegeriPengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam Negeri
Pengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam NegeriHerlambang Bagus
 
5 langkah memulai ekspor
5 langkah memulai ekspor5 langkah memulai ekspor
5 langkah memulai eksporDidi Adiana
 
1, Kewirausahaan, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Pemahaman Ke...
1, Kewirausahaan, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Pemahaman Ke...1, Kewirausahaan, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Pemahaman Ke...
1, Kewirausahaan, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Pemahaman Ke...nelda pratiwi
 
134 262-1 pasar bebas-sm
134 262-1 pasar bebas-sm134 262-1 pasar bebas-sm
134 262-1 pasar bebas-smelsiadeliafitri
 
Contoh Teks Eksposisi "Kerugian Perdagangan Bebas"
Contoh Teks Eksposisi "Kerugian Perdagangan Bebas"Contoh Teks Eksposisi "Kerugian Perdagangan Bebas"
Contoh Teks Eksposisi "Kerugian Perdagangan Bebas"Hana Medina
 
Enterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang Modern
Enterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang ModernEnterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang Modern
Enterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang Modernguest3dafe35
 
1, wira usaha, novi yanti yhuhanida, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, uni...
1, wira usaha, novi yanti yhuhanida, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, uni...1, wira usaha, novi yanti yhuhanida, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, uni...
1, wira usaha, novi yanti yhuhanida, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, uni...NoviYantiYhuhanida
 
BAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMA
BAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMABAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMA
BAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMAAzya Ree
 
Tugas 1 Ekonomi Internasional (Kelompok 2).pptx
Tugas 1 Ekonomi Internasional (Kelompok 2).pptxTugas 1 Ekonomi Internasional (Kelompok 2).pptx
Tugas 1 Ekonomi Internasional (Kelompok 2).pptxnadyafitri6
 
BISNIS INTER & DIGIMARK.docx
BISNIS INTER & DIGIMARK.docxBISNIS INTER & DIGIMARK.docx
BISNIS INTER & DIGIMARK.docxNadhiraMasya
 
Faktor Pertimbangan Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0._ Trai...
Faktor Pertimbangan Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0._ Trai...Faktor Pertimbangan Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0._ Trai...
Faktor Pertimbangan Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0._ Trai...Kanaidi ken
 
business plan, swot, business model, cost breakdown
business plan, swot, business model, cost breakdownbusiness plan, swot, business model, cost breakdown
business plan, swot, business model, cost breakdown0015ChintyaArivany
 
Makalah ekonomi internasional
Makalah ekonomi internasionalMakalah ekonomi internasional
Makalah ekonomi internasionalprayudawibowo
 
Indonesia Butuh Pendalaman Pasar Modal
Indonesia Butuh Pendalaman Pasar ModalIndonesia Butuh Pendalaman Pasar Modal
Indonesia Butuh Pendalaman Pasar ModalDian Sari Pertiwi
 
Pemasaran_Global.docx
Pemasaran_Global.docxPemasaran_Global.docx
Pemasaran_Global.docxDesiCiifha
 
Ekonomi internasional (intan 11150013) uts
Ekonomi internasional (intan 11150013) utsEkonomi internasional (intan 11150013) uts
Ekonomi internasional (intan 11150013) utsIntan Kurniasari
 
Ähnlich wie BARANGAN TEMPATAN PENTING (20)

Soalan sejarah elemen 1
Soalan sejarah elemen 1Soalan sejarah elemen 1
Soalan sejarah elemen 1
 
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johor
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johorPeriksaan percubaan spm 2011 negeri johor
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johor
 
Pengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam Negeri
Pengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam NegeriPengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam Negeri
Pengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam Negeri
 
5 langkah memulai ekspor
5 langkah memulai ekspor5 langkah memulai ekspor
5 langkah memulai ekspor
 
Apakah kita siap bersaing di dalam afta
Apakah kita siap bersaing di dalam aftaApakah kita siap bersaing di dalam afta
Apakah kita siap bersaing di dalam afta
 
1, Kewirausahaan, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Pemahaman Ke...
1, Kewirausahaan, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Pemahaman Ke...1, Kewirausahaan, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Pemahaman Ke...
1, Kewirausahaan, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Pemahaman Ke...
 
134 262-1 pasar bebas-sm
134 262-1 pasar bebas-sm134 262-1 pasar bebas-sm
134 262-1 pasar bebas-sm
 
Contoh Teks Eksposisi "Kerugian Perdagangan Bebas"
Contoh Teks Eksposisi "Kerugian Perdagangan Bebas"Contoh Teks Eksposisi "Kerugian Perdagangan Bebas"
Contoh Teks Eksposisi "Kerugian Perdagangan Bebas"
 
Enterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang Modern
Enterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang ModernEnterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang Modern
Enterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang Modern
 
Enterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang Modern
Enterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang ModernEnterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang Modern
Enterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang Modern
 
1, wira usaha, novi yanti yhuhanida, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, uni...
1, wira usaha, novi yanti yhuhanida, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, uni...1, wira usaha, novi yanti yhuhanida, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, uni...
1, wira usaha, novi yanti yhuhanida, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, uni...
 
BAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMA
BAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMABAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMA
BAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMA
 
Tugas 1 Ekonomi Internasional (Kelompok 2).pptx
Tugas 1 Ekonomi Internasional (Kelompok 2).pptxTugas 1 Ekonomi Internasional (Kelompok 2).pptx
Tugas 1 Ekonomi Internasional (Kelompok 2).pptx
 
BISNIS INTER & DIGIMARK.docx
BISNIS INTER & DIGIMARK.docxBISNIS INTER & DIGIMARK.docx
BISNIS INTER & DIGIMARK.docx
 
Faktor Pertimbangan Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0._ Trai...
Faktor Pertimbangan Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0._ Trai...Faktor Pertimbangan Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0._ Trai...
Faktor Pertimbangan Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0._ Trai...
 
business plan, swot, business model, cost breakdown
business plan, swot, business model, cost breakdownbusiness plan, swot, business model, cost breakdown
business plan, swot, business model, cost breakdown
 
Makalah ekonomi internasional
Makalah ekonomi internasionalMakalah ekonomi internasional
Makalah ekonomi internasional
 
Indonesia Butuh Pendalaman Pasar Modal
Indonesia Butuh Pendalaman Pasar ModalIndonesia Butuh Pendalaman Pasar Modal
Indonesia Butuh Pendalaman Pasar Modal
 
Pemasaran_Global.docx
Pemasaran_Global.docxPemasaran_Global.docx
Pemasaran_Global.docx
 
Ekonomi internasional (intan 11150013) uts
Ekonomi internasional (intan 11150013) utsEkonomi internasional (intan 11150013) uts
Ekonomi internasional (intan 11150013) uts
 
BARANGAN TEMPATAN PENTING

  • 1. BARANGAN TEMPATAN Zaman beralih musim bertukar, kini Malaysia berdiri gah sebaris dengan negara-negara maju selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun. Dasawarsa ini, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali dan telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan mula membuka kawasan perindustrian dalam pelbagai lapangan bagi merancakkan ekonomi negara yang pesat membangun. Situasi ini juga memungkinkan pengeluaran barang buatan Malaysia lebih berkualiti dan setaraf dengan barangan import. Bagi menggapai visi kudsi Wawasan 2020 seperti yang diwara-warakan oleh bekas perdana menteri yang keempat, wajarlah sektor perindustrrian disokong sepenuhnya untuk dinaik taraf bagi memenuhi kehendak pasaran. Oleh itu, kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia perlu diuar-uarkan dan dipergiat bagi membuka mata rakyat tempatan agar mereka tidak menganaktirikan produk sendiri. Kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia yang paling dominan ialah dapat mengelakkan pengaliran mata wang negara kita ke luar negara. Mata wang Malaysia tidak akan mengalir keluar jika rakyat Malaysia sendiri mengutamakan dan membeli barangan tempatan dalam memenuhi keperluan harian mereka. Dana utama negara juga akan meningkat sekali gus akan dapat membendung masalah inflasi. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengubah tanggapan negatif yang beranggapan bahawa barangan import lebih baik daripada barangan tempatan. Jelaslah bahawa apabila semua rakyat tempatan memilih dan membeli produk tempatan, kita sebenarnya telah berjaya mengawal mata wang kita daripada mengalir ke luar negara. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan pembelian seseorang. Umum mengetahui bahawa membeli barangan import jauh lebih mahal berbanding membeli barangan tempatan. Ramai yang memberikan persepsi biar papa asal bergaya dan alah membeli menang memakai. Pengguna yang mementingkan jenama sanggup berhabis wang untuk membeli barangan import berjenama dengan memandang sebelah mata sahaja bagi barangan tempatan yang sama. Bagi mereka, harga yang mahal itu setanding dengan kualiti sesuatu produk. Sesungguhnya, barangan tempatan lebih murah malah kualitinya juga setanding dengan barangan import. Sebagai contoh, kereta-kereta nasional yang berkualiti seperti Myvi, Viva kini Inspira. Tuntasnya, pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan perbelanjaan rakyat Malaysia. Pembelian barangan buatan Malaysia juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Hal ini adalah kerana Malaysia telah berjaya menghasilkan enjin kenderaan berkuasa tinggi untuk perlumbaan Formula Satu (F1). Fenomena ini jelas menggambarkan bahawa Malaysia mampu mengeluarkan produk bertaraf dunia sejajar dengan wawasan negara. Kalau bukan rakyat Malaysia yang menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia, siapa lagi yang boleh kita harapkan? Tepuk dada, tanya selera. Dalam hal ini, bagi menunjukkan semangat patriotik rakyat Malaysia haruslah menjayakan kempen Belilah Barangan Malaysia dalam merealisasikan aspirasi negara menjelang 2020 nanti. Berbangga dengan barangan Malaysia sebenarnya dapat membantu anak bangsa kita sendiri. Cuba kita bayangkan jika rakyat Malaysia mengagung-agungkan produk asing? Apakah yang akan terjadi kepada pengusaha tempatan? Sudahlah kita tidak membantu anak bangsa sendiri malah kita mencurahkan pasir ke periuk nasi mereka. Oleh itu, insaflah anak watan yang begitu memandang
  • 2. tinggi terhadap barangan import sehingga memperlekehkan barangan tempatan. Sedarlah bahawa barangan tempatan pun sama hebatnya dengan barangan import. Jadi, belilah barangan tempatan kerana secara implisitnya dapat membantu anak bangsa sendiri. Sebagai intihanya, mengutamakan barangan tempatan banyak mendatangkan kepentingan kepada rakyat tempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri dan bermaruah, mereka hendaklah mengikis sikap ego agar negara kita tidak runtuh. Rakyat Malaysia perlulah menyokong kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia demi kebaikan rakyat dan negara. Marilah kita bersama- sama berganding bahu, menggemblengkan usaha dalam menjayakan kempen ini kerana Bersatu teguh, Bercerai Roboh. Tanpa komitmen dan sokongan daripada rakyat Malaysia, sudah tentu sukar untuk mengangkat martabat produk tempatan apatah lagi untuk menembusi pasaran antarabangsa.